Home » KWSP » Caruman KWSP Turun Kepada 9% Dilanjutkan Sehingga Jun 2022, Maksudnya gaji akan lebih banyak!

Caruman KWSP Turun Kepada 9% Dilanjutkan Sehingga Jun 2022, Maksudnya gaji akan lebih banyak!

Caruman Syer Pekerja untuk KWSP Kini Diturunkan Pada 9% Maksudnya gaji anda kan lebih banyak! Betul atau tidak?

TERKINI: Dalam ucapan Bajet 2022, kerajaan amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh rakyat akibat PKP yang berpanjangan, terutamanya dari segi pengurusan aliran tunai. Untuk menambah wang dalam tangan kepada rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 ke 9 peratus sehingga Jun 2022 melibatkan anggaran nilai 2 bilion ringgit.

Bagi caruman mulai Februari 2020 hingga Januari 2021 pula adalah sebanyak 7% seperti diumumkan sebelum ini. Namun menurut pengumuman terbaharu, KWSP akan menurunkan caruman syer pekerja menjadi 9% dan potongan ni akan dilakukan secara automatik, mulai Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga upah bulan Disember 2021 (Caruman Januari 2022).

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Mesti ada yang masih keliru dan ada banyak persoalan yang ingin dintanya, lihat soalan yang sering ditanya seperti diabwah:

1. Siapa yang akan terkesan dengan kadar caruman yang baru ni?

Pekerja yang belum mencapai 60 tahun je yang akan terkesan dengan kadar caruman yang baru ni. Untuk mereka yang berumur lebih daripada 60 tahun, kadar caruman diorang masih kekal seperti yang lama, iaitu 11%.

Baca juga: Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Bayar Ansuran Bulanan Rumah

2. Ada kesan ke bila kadar caruman ni diturunkan?

Ada. Bila kadar caruman diturunkan, bermakna pendapatan bulanan dalam tangan korang akan lagi bertambah. Bolehlah korang gunakan duit lebihan tu untuk buat belanja rumah atau bayar apa-apa hutang yang tertunggak.

3. Boleh ke kalau nak kekalkan kadar caruman pada 11% je?

Boleh. Korang boleh pilih untuk kekalkan caruman pada 11% je dan bukannya ikut kadar caruman yang baru.

4. Macam mana nak mohon untuk pengekalan kadar caruman 11%?

Korang boleh mula mohon untuk pengekalan kadar caruman ni bermula 1 Disember 2020, dan cara-caranya adalah:

  1. Muat turun Borang KWSP 17A (Khas 2021) di SINI.
  2. Boleh Isi borang selengkapnya dan serahkan pada majikan.
  3. Majikan perlu kunci masuk maklumat pemohon ke dalam i-Akaun (Majikan). Tapi majikan hanya boleh mula kunci masuk maklumat pemohon bermula 14 Disember 2020.
  4. Majikan perlu simpan borang sebagai rekod.

NOTA: Secara amnya, majikan korang boleh je menerima permohonan dari pekerja untuk mengekalkan caruman ini melalui pelbagai saluran media seperti emel, Whatsapp, SMS dan lain-lain.

Baca juga: Cara Mudah Guna Simpanan KWSP Untuk Daftar Naik Haji

Perbezaan daripada 11% ke 9% tu banyak ke?

Kalau anda fikir 2% tu memanglah nampakagak sikit. tapi bila kira balik, banyak juga gaji lebih yang korang boleh dapat. Contohnya seperti ni:

Gaji RM2,000

Kalau kekal 11% selepas caruman akan dapat gaji sebanyak RM1780

Kalau turun 9% selepas caruman akan dapat gaji sebanyak RM1820

Penafian – Bahan yang admin share dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Caruman KWSP Turun Kepada 9% Dilanjutkan Sehingga Jun 2022, Maksudnya gaji akan lebih banyak!” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes