Home » Isu Semasa » Cara Untuk Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online Sahaja!

Cara Untuk Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online Sahaja!

Cara Untuk Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online

Kad ATM Maybank anda rosak atau expired (tamat tempoh) masa pkp ni?

Menurut Maybank, semua pemegang kad boleh memohon penukaran kad ini kecuali kes kehilangan kad atau terlupa nombor PIN.

Caj RM12 akan dikenakan dan penghantaran akan dibuat terus ke rumah anda.

Portal Malaysia ingin kongsikan cara untuk memohon penukaran kad ATM Maybank (debit card) secara online tanpa perlu ke bank.

Baca juga: Rumah Mampu Milik Sarawak & Bantuan Sewa Dari HDC

Cara Tukar Kad ATM Maybank Online

Bagi penukaran kad ATM Maybank, boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Sila Log Masuk Maybank2u (sila gunakan browser, bukan app)

2. Pergi ke bahagian Settings

3. Pilih pada Cards

4. Pada bahagian Manage Debit Cards, sila pilih Replace Card

Bahagian “Activate” akan digunakan bila anda terima kad baru nanti.

5. Masukkan alamat penuh anda

6. Sila klik Request TAC dan masukkannya di ruang disediakan untuk sahkan penukaran kad tersebut

Baca juga: Positif COVID Semasa Kerja, Anda Boleh Claim PERKESO. Lihat Syarat & Cara Tuntutan

Sudah Siap! Kad anda akan dipos dalam masa 3 hari bekerja sahaja.

Selepas terima kad baru, sila aktifkan sebelum membuat sebarang transaksi.

Penafian – Semua yang admin share diatas hanyalah tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Untuk Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online Sahaja!” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!