Home » Tips/Petua » Cara Untuk Dapatkan Semula Duit Hilang Dalam Akaun Bank.

Cara Untuk Dapatkan Semula Duit Hilang Dalam Akaun Bank.

Cara Untuk Dapatkan Semula Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Kes duit hilang atau dicuri tanpa transaksi sah secara terus daripada akaun bank bukanlah isu biasa. Sudah banyak kali terjadi, yang menglibatkan bank-bank konvensioal di Malaysia. Pihak pengurusan bank seringkali mendakwa tahap keselamatan mereka adalah yang terbaik. Pendeposit tidak perlu risau tentang keselamatan duit simpanan mereka.

Kalau hilang sikit-sikit macam sen je tak apa lah juga kan? Ini kalau dah beribu-ribu lesap macam tu je tak kan lah kita nak tutup mata je kan? Jadi apa perlu buat jika duit dalam bank kita hilang?

Jangan panik dulu! Bertenang, ikut je langkah yang Portal Malaysia syorkan di bawah berpandukan Bank Negara Malaysia ini.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

Cara Perlu Buat Bila Duit Dalam Akaun Bank Hilang

Untuk mendapatkan semula wang korang yang hilang dalam bank tu, boleh ikuti langkah berikut:

  1. Buat Laporan Di Bank
    • Pertama sekali, bila korang dah sedar duit dekat bank hilang, cepat-cepat buat laporan pada Bank yang korang hilang duit tu. Paling mudah terus telefon sahaja bank tersebut dan mungkin akan dihantar ke unit Aduan. Pastikan korang berikan semua maklumat yang terperinci seperti:
      • Waktu transaksi kehilangan duit tersebut (Boleh semak di online banking)
      • Jumlah wang yang hilang
      • Nama pihak yang melakukan transaksi (sekiranya ada)
  2. Buat Laporan Di Polis
    • Setelah itu, korang juga perlu buat laporan pada pihak polis. Ini mudah je, pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran dengan tempat korang, dan ceritakan satu persatu apa yang berlaku kepada pihak polis. Nanti bila dah selesai buat laporan korang akan dapat satu cetakan laporan dan boleh simpan sebagai rekod.
  3. Tunggu Maklumbalas Pihak Bank Dalam Masa 14 Hari
    • Kebiasaannya proses akan memerlukan 14 hari bagi kes untuk disiasat dan setelah itu pihak bank akan memberikan respon. Sekiranya korang tak dapat apa-apa respon daripada pihak bank boleh lah telefon semula mereka untuk follow-up aduan korang tu
  4. Jika Tidak, Terus Buat Aduan Kepada Pihak Bank Negara (BNM)
    • Jika maklum balas yang korang tunggu daripada pihak bank terlibat tidak didapati, ataupun maklumbalas yang diberikan tidak memberikan penjelasan yang memuaskan, korang boleh terus buat aduan lanjut kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Cara Buat Aduan Atau Pertanyaan Kepada BNM

  1. Talian BNM Telelink
    • Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888
      Luar Negara: +603-21741717
      Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang (Isnin – Jumaat)
  2. Laman Web
  3. Pusat Khidmat Pelanggan
    • BNMLINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat)
      • Bank Negara Malaysia
        Blok D, Jalan Dato’ Onn
        50480 Kuala Lumpur
    • Pejabat BNM Pulau Pinang
      • No. 27, Lebuh Light
        10200 Pulau Pinang
    • Pejabat BNM Johor Bahru
      • Jalan Bukit Timbalan
        80000 Johor Bahru
    • Pejabat BNM Kuala Terengganu
      • Jalan Sultan Mohamad
        21100 Kuala Terengganu
        Terengganu
    • Pejabat BNM Kota Kinabalu
      • Jalan Lapan Belas
        88000 Kota Kinabalu
    • Pejabat BNM Kuching
      • Jalan Satok
        93000 Kuching

Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat)

Kecuali Pejabat BNM Kuala Terengganu : 9.00 pagi hingga 5.00 petang. (Ahad – Jumaat)

Walau bagaimanapun, korang kena tahu ada beberapa skop yang tidak akan dikendalikan oleh pihak BNM iaitu:

  1. Aduan di bawah bidang kuasa OPK, AKPK dan SIDREC
  2. Aduan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah/Tribunal Pengguna, dan yang dikemukakan melalui firma-firma peguam atau yang sedang mereka kendalikan
  3. Aduan yang tidak menyatakan nama pengadu, tidak ditandatangani, tidak jelas atau aduan oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan
  4. Aduan oleh ejen institusi perkhidmatan kewangan seperti ejen insurans/takaful, pengutip hutang dan penarik kenderaan terhadap prinsipalnya
  5. Aduan oleh kakitangan PPK terhadap majikan mereka
  6. Aduan yang melibatkan tuntutan insurans/takaful melebihi RM500,000 kecuali jika ia berkaitan dengan aduan mengenai kualiti perkhidmatan dan pengendalian tuntutan tidak adil
  7. Aduan mengenai bengkel kereta yang tidak tersenarai dalam Skim Bengkel Pembaiki Kereta Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
  8. Aduan mengenai keputusan komersial yang tidak melibatkan isu mengenai salah guna polisi dan standard BNM
  9. Aduan terhadap institusi bukan di bawah kawal selia BNM seperti koperasi, syarikat kredit, pemajak gadai dan peminjam wang berlesen bukan bank
  10. Aduan bukan di bawah bidang kuasa BNM seperti penipuan, pemasaran pelbagai peringkat dll

Baca juga: Tarikh Pembayaran i-Citra September. Semak Sekarang!

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!

Penafian – Bahan artikel kami share diatas hanyalah panduan dan ringkasan yang related dengan “Cara Untuk Dapatkan Semula Duit Hilang Dalam Akaun Bank.” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!