Cara Tutup Akaun ASTRO Tanpa Perlu Ke Kaunter


Cara Tutup Akaun ASTRO Tanpa Perlu Ke Kaunter

Sekiranya anda hendak menamatkan langganan ASTRO, anda perlu melakukannya dengan cara yang betul kerana segelintir pelanggan mendakwa masih menerima bil walaupun telah berhenti melanggan akaun ASTRO mereka.

Terdapat beberapa cara untuk berhenti melanggan, terminat atau menutup akaun ASTRO anda dan kali ini Portal Malaysia akan kongsikan caranya.

Cara Terminate ASTRO Melalui Panggilan ke Customer Service Center


Cara paling pantas dan mudah adalah membuat sendiri panggilan ke Customer Service Center dan bercakap dengan operator yang bertugas.

  1. Sila dail nombor ini 03-9543-3838
  2. Setelah berjaya bercakap dengan operator, boleh lakukan langkah-langkah berikut:
    • Semak baki kontrak akaun ASTRO anda
    • Semak baki bayaran bil ASTRO anda
    • Dapatkan tarikh bil ASTRO yang berikutnya
    • Semak status kontrak sama ada masih dalam kontrak atau tidak
    • Jelaskan baki bil anda (jika ada)
  3. Maklumkan kepada pihak operator hasrat anda untuk mnghentikan langganan akaun
  4. Setelah selesai, tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkan
  5. Sekiranya selepas 24 jam akaun anda belum ditamatkan, sila hubungi semula pihak ASTRO semula untuk semakan semula status penamatan langganan

Cara Terminate ASTRO Melalui Emel

Untuk menamatkan langganan ASTRO, anda juga boleh melakukannya melalui emel sahaja dengan mudah, ianya tidak perlu dalam bahasa Inggeris tetapi perlulah ditulis dengan cara professional.

Pastikan anda mempunyai segala butiran-butiran penting berikut dalam emel yang dihantar kepada pihak ASTRO:

  1. Alamat emel: [email protected]
  2. Subjek emel: Penamatan Perkhidmatan ASTRO
  3. Nyatakan tujuan emel tersebut dihantar:
    • “Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memaklumkan akaun ASTRO di bawah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO”
  4. Sertakan butiran akaun ASTRO anda
    • Nama pemilik akaun
    • Nombor kad pengenalan
    • Nombor akaun ASTRO
    • Alamat
    • No telefon
  5. Akhiri emel tersebut dengan menyatakan agar pihak ASTRO dapat melakukan proses penamatan kontrak ini dengan segera

Baca juga: Kenapa Internet Anda Lembap? 10 Cara Lajukan Line Internet

Adakah kita wajar terminat akaun ASTRO?

Keputusan ini bergantung kepada anda kerana sekarang pelbagaia pilihan perkhidmatan seperti Netflix, DisneyPlus dan seumpamanya sudah masuk ke Malaysia.

Namun begitu, yang paling penting bergantung kepada keperluan dan status kewangan masing-masing kerana anda juga yang akan membayar bil pada setiap bulan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara terminate ASTRO, boleh layari halaman FAQ ASTRO

Baca juga: Pakej Unifi 2021: Plan Internet Laju Dengan Harga Murah


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3