Cara Tukar MyKad Rosak Dan Hilang Secara Online 2021

Home » Isu Semasa » Cara Tukar MyKad Rosak Dan Hilang Secara Online 2021

Cara Tukar MyKad Rosak Dan Hilang Secara Online 2021

MyKad rosak dan hilang merupakan perkara yang pernah dialami oleh semua orang walaupun sekali. Rasa kehilangan kad pengenalan, memang panik, nak kena buat laporan polis, kena beratur tunggu giliran di kaunter lagi, memang akan ambil masa yang lama.

Tapi sekarang semua perkhidmatan ini telah diupgrade untuk mempermudahkan orang ramai, nak daftar SSM, nak pindahkan wang, nak bayar cukai dan sebagainya, semuanya boleh dibuat secara online.

Baca Juga : Tarikh Jadual I-Lestari Bulan April 2021

Hari ini Portal Malaysia ingin berkongsi kepada sesiapa yang ingin mengganti kad pengenalan sedia ada atas sebab cip rosak, kad rosak, menaiktaraf cip, dan IC hilang boleh memohon secara online di Sistem Gantian MyKad Online oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Cara Memohon Gantian Mykad

1. Layari Portal MyGovernment (Gantian MyKad 2.0)

Sila layari laman sesawang mereka di link https://malaysia.gov.my/

2. Buat Permohonan Gantian IC Hilang / Rosak

Mulakan dengan mendaftar.

Kemudian login dan buat permohonan.

Isikan maklumat yang diperlukan dan buat bayaran online.

Kemudian print resit rasmi.

3. Semak Status

Anda diminta untuk menunggu sehari atau lebih, kemudian boleh lihat status permohonan dengan mengunakan perkhidmatan mySMS.

Taip – JPN MyKAD dan hantar ke 15888.

Sila tunggu balasan bagi ketahui status permohonan sama ada ditolak, diterima atau sedia diambil.

Baca Juga : Duit GKP Tambahan Mac Telah Dikreditkan!

4. Ambil Kad Pengenalan Di Kaunter JPN

Kalau sudah terima SMS ‘sedia diambil’, sila datang ke JPN bersama resit dan kad pengenalan yang rosak.

Sila datang ke JPN, bawa resit untuk dilihat dahulu, kemudian harus disahkan melalui thumbprint anda.

Urusan selepas itu di JPN, jangan risau sekejap saja boleh siap.

 

Kalau di JPN Putrajaya, orang awam tidak perlu lagi buat temujanji online jika kad pengenalan sudah siap dan sedia diambil, boleh ambil terus.

Yang penting status permohonan tulis sedia diambil, print dan bawa resit terus ke JPN.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu. anda semua.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang cara daftar kelahiran online JPN atau sistem perkhidmatan online yang lain, sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di saluran berikut:

  • 03-8000 8000
  • Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN.

Sepanjang tempoh ini, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu Sahaja.

Permohonan janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada [email protected]

 

Penafian – Semua artikel portalamalaysia share diatas sekadar panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Cara Tukar MyKad Rosak Dan Hilang Secara Online 2021” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!