Home » Isu Semasa » Cara Tempah Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Guna MySejahtera

Cara Tempah Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Guna MySejahtera

Untuk makluman, Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan untuk setiap Klinik Kesihatan mungkin ada sedikit perbezaan mengenai proses, tarikh temujanji, masa & dokumen.

Jalan terbaik adalah dengan menghubungi atau singgah dulu di Klinik Kesihatan berdekatan & buat pertanyaan dahulu.

Sekarang ni dah mudah sebab boleh buat booking temujanji HIV test di Klinik Kesihatan secara online sahaja melalui aplikasi MySejahtera.

Apakah Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan?

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma.

Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain.

Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

Baca juga: Langkah Padam Akaun MySejahtera Lama & Kemaskini E-mel / Telefon / IC

Prosedur Ujian

PROSEDUR PERLAKSANAAN UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN.

  • Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.
  • Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik
  • Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
  • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
  • Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3 – 6 bulan.

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
  • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
  • Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.

Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Melalui MySejahtera

  1. Buka apps MySejahtera
  2. Klik pada button “more”
  3. Klik pada “Digital Healthcare”
  4. Klik di “Clinic Appointment Booking”
  5. Pilih untuk guna Qmed, Encoremed, BookDoc atau Sistem Temu Janji Klinik KKM.

Baca juga: Anda Tak Boleh Login MySejahtera Atau Lupa Password? Lihat Cara Reset Semula!

Nak pilih sistem yang mana satu?

  1. BookDoc – Perlis, Perak, Penang, Melaka, Kelantan, Sarawak & W. Persekutuan
  2. Qmed – Selangor, Johor, Sabah, N9, Kelantan , Terengganu , Kedah & W. Persekutuan.
  3. EncoreMed – Untuk di Kawasan KL sahaja iaitu ; KK Batu Muda, KK Jinjang,KK Petaling Bahagia, KK Sentul & KK Tanglin.
Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share diatas merupakan panduan dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Cara Tempah Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Guna MySejahtera” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes