Cara Tangani Penyakit HFMD Dengan Cepat


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak.

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh enterovirus iaitu adalah Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71) atau coxsackievirus A16.

Baca juga:

Tanda-tanda dan gejala:

Berikut adalah gejala HFMD:

Gejala 1: HFMD biasanya bermula dengan demam yang ringan, rasa tidak sihat (letih dan lesu) disusuli dengan kurang selera makan atau sakit tekak.

Gejala 2: Selepas demam selama 2-3 hari, luka (ulser) yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi.

Gejala  3: Sebilangan kanak-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari serta punggung yang berkemungkinan menjadi lepuhan tetapi tidak gatal.

Gejala 4: Kekeringan badan atau dehidrasi akan mudah terjadi disebabkan ada sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit pada mulut.

Gejala 5: Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Gejala 6: Tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami tanda dan gejala yang sama. Sesetengah kanak-kanak mungkin hanya mengalami ruam merah atau lepuh pada kulit atau luka pada mulut.

Gejala 7: Sebilangan kanak-kanak lain mungkin dijangkiti tanpa kehadiran sebarang tanda atau gejala.

Golongan Berisiko Dijangkiti HFMD:

  1. Sesiapa sahaja pada semua peringkat umur.
  2. Golongan kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun.
  3. Kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.


Cara Jangkitan HFMD:

HFMD mudah merebak melalui:

  1. Batuk atau bersin.
  2. Hubungan rapat contohnya bermain.
  3. Berlaku sentuhan dengan cecair lepuhan atau najis pesakit.
  4. Perkongsian peralatan makanan atau peralatan peribadi.
  5. Bersentuhan dengan permukaan atau barang yang telah dijangkiti virus.

Cara Rawatan HFMD:

Berikut antara rawatan bagi pesakit HFMD:

Nota: Jangkitan ringan dan boleh sembuh dengan sendiri dalam tempoh 7-10 hari apabila ketahanan atau imuniti tubuh terbentuk.

  • Ubat demam (Paracetamol): Untuk mengurangkan demam.
  • Air garam: Untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur.
  • Minum air:  Untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim: Untuk legakan ulser.

Cara Pencegahan HFMD:

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan:

Langkah 1: Mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit.

Langkah 2: Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air.

Langkah 3: Jangan berkongsi barang-barang peribadi.

Langkah 4: Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti.


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Kesihatan.

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah panduan dan ringkasan artikel related dengan “Cara Tangani Penyakit HFMD Dengan Cepat” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia