Cara Simpan Daun Pisang Agar Tahan Lebih Lama


Daun pisang mampu memberikan rasa dan bau yang membuatkan makanan menjadi lebih sedap dan enak hingga ianya sering digunakan dalam sajian makanan.

Antara makanan yang sering menggunakan daun pisanga adalah nasi lemak , pulut panggang, lepat, tapai, tepung pelita, lemang, kuih koci dan ikan serta ayam bakar.

Setiap hidangan mempunyai rasa yang cukup enak dan sesuai dimakan pada bila-bila masa tidak kira pada hidangan rumah atau hidangan jamuan.

Cara Simpan Daun Pisang Agar Tahan Lebih Lama 1

Sejak dahulu lagi , daun pisang menjadi salah satu daun yang diperlukan semasa penyediaan makanan kerana ianya mudah didapati dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

BACA INI :“Millionare Pun Belum Tentu Ada Peluang ,” – Amelia Henderson

Namun kini daun pisang sukar dibeli di kawasan bandar dan jarang sekali dijadikan stok barangan wajib ada di dapur kerana ianya mudah layu apabila diletakkan pada suhu bilik.

Sebenarnya daun pisang ini juga boleh disimpan hingga seminggu lamanya dan kekal segar tetapi ianya memerlukan cara dan teknik yang betul .

Cara Simpan Daun PIsang


  1. Layurkan daun dan dipotong mengikut saiz yang sesuai.
  2. Ambil surat khabar dan bungkus kemas daun pisang tersebut didalam surat khabar tersebut
  3. Ambil beg plastik dan kemudian bungkus lalu ikat dengan kemas
  4. Simpan dalam chiller pada bahagian tempat letak sayur (bawah sekali ).

 

Cara Simpan Daun Pisang Agar Tahan Lebih Lama 2

Daun pisang boleh disimpan hampir sebulan dan masih segar seperti baru diambil dari pokok. Daun pisang juga tidak perlu dlayur terlebih dahulu sebelum disimpan namun ianya akan mengambil banyak ruang dalam peti ais.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3