Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 Tahun 2021 boleh disemak mulai 24 Mac 2022, Khamis, jam 10.00 pagi secara online atau SMS.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan secara online atau melalui SMS.
Baca juga:
- Penerima Vaksin Sinovac Wajib Mengambil Dos Penggalak Untuk Lengkap Vaksinasi
- Ini Sebab Kenapa Anda Tak Lulus BKM | Kod 06 Paling Ramai Dapat
Tarikh Semakan Dibuka:
Semakan MUET Sesi 2 / 2021 boleh dibuat mulai 24 Mac 2022, Khamis, jam 10.00 pagi.
Kaedah Semakan Keputusan MUET:
Berikut adalah kaedah-kaedah semakan keputusan MUET bagi sesi 3 tahun 2021:
KAEDAH 1 : SEMAKAN ONLINE
Langkah 1: Layari laman sesawang MUET.
Langkah 2: Masukkan nombor kad pengenalan calon.
Langkah 3: Tekan ‘Submit‘.
KAEDAH 2 : SEMAKAN SMS
Langkah 1: Buka SMS.
Langkah 2: Sila taipkan : MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888.
KAEDAH 3 : EMEL
Jika ada sebarang pertanyaan, sila e-mel ke: [email protected].
Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET:
Rayuan boleh dibuat seperti berikut:
- Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
- Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
- Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.
Pendaftaran MUET 2022:
Untuk pendaftaran MUET tahun 2022 boleh dibuat secara atas talian.
Bayaran:
- Warganegara : RM100.00
- Bukan Wargganegara : RM350.00
Secara : Perbankan internet / kad kredit.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang MUET atau hubungi di talian 03-6126 1600.