Lembaga Getah Malaysia atau dikenali sebagai MALAYSIAN RUBBER EXCHANGE (MRE) ditubuhkan pada tahun 1962 di bawah Akta Pasaran Getah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan), 1962. Bermula Januari 1998 ia telah diletakkan di bawah Lembaga Getah Malaysia, selaras dengan Akta Lembaga Getah Malaysia 1996.

MALAYSIAN RUBBER EXCHANGE (MRE) merupakan sebuah badan pengawalan dan penyeliaan yang ditubuhkan yang berujuan untuk membuat promosi, membangun serta mengawal selia urusniaga dan perdagangan serta pengagihan dan pemasaran getah di Malaysia. Di bawah Portal Malaysia ingin berkongsi mengenai fungsi Lembaga Getah Malaysia serta cara untuk menyemak harga getah semasa Malaysia :
Fungsi Lembaga Getah
Berikut ialah fungsi-fungsi yang dilaksanakan oleh Lembaga Getah Malaysia :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- membuat susunatur dan peraturan-peraturan bagi pengendalian perdagangan getah yang bersesuaian;
- menggubal dan menguatkuasakan peraturan-peraturan dan terma-terma kontrak MRE;
- menjadi pusat penimbangtara untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan;
- menyediakan kemudahan-kemudahan bagi kerjasama dalam semua hal berkaitan dengan perdagangan getah;
- melindungi kepentingan ahli-ahli MRE, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang kecil dan peraturan-peraturan.
Cara Semak Harga Getah Semasa Di Malaysia
Berikut ialah cara untuk membuat semakan harga getah semasa di Malaysia dengan Harga rujukan mengikut harian, bulanan serta purata bulanan dan tahunan.
Langkah 1 : Sila ke pautan laman web rasmi Lembaga Getah Malaysia
Langkah 2 : Klik pada button Dropout yang bertulis “Harga Rujukan”
Langkah 3 : Kemudian pilih sama ada anda ingin membuat rujukan harga mengikut Harian, Bulanan atau Purata Bulanan dan Tahunan.
Langkah 4 : Selesai dan harga rujukan getah fizikal secara terperinci akan dipaparkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi atau rujuk talian di bawah :
Lembaga Getah Malaysia (MRB)
Tkt 17 & 18 Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 603-9206 2000
Fax: 603-2163 4492
Emel: [email protected]
SMS: 15888
Whatsapp:+6017 291 5888 (untuk aduan pelesenan/penguatkuasaan)
Hotline IPG: 1 800 888 IPG (474)