Home » Permohonan » Cara Renew Pasport Online. Mudah Tak Payah Beratur & Tunggu Lama!

Cara Renew Pasport Online. Mudah Tak Payah Beratur & Tunggu Lama!

CARA RENEW PASPORT MALAYSIA SECARA ONLINE

Rentas negeri dah boleh bukan itu sahaja malah boleh bercuti ke luar negara. Pastinya passport dah expired nak kena renew lah pasport. Boleh ke kalau renew pasport online je?

Sebelum anda pergi ke luar negara, penting untuk anda pastikan pasport anda mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh akhir anda balik.

MyOnline Pasport telah diperkenalkan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia melalui atas talian dengan membuat bayaran menggunakan kad kredit atau online banking (FPX).

Portal Malaysia ingin berkongsi Cara Renew Pasport Online.

Baca juga: Cara Renew Lesen Memandu Online Melalui MyEG. Senang Dan Mudah Sampai Terus Ke Rumah!

CARA RENEW PASPORT ONLINE TANPA KE KAUNTER

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Cara membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Malaysia secara online adalah seperti berikut:

  1. BUKA MYIMMS E-SERVICES
  2. ISI MAKLUMAT
    • Sila isi maklumat & butiran peribadi yang diperlukan untuk melengkapkan pembaharuan pasport.
    • Sediakan pasport lama di depan komputer supaya mudah nak buat rujukan nanti.
  3. PILIH CAWANGAN KUTIPAN
    • Kemudian, anda boleh google cawangan pejabat imegresen yang paling dekat dengan rumah atau pejabat anda.
  4. UPLOAD GAMBAR MENGIKUT KRITERIA YANG DITETAPKAN
    • Seterusnya upload softcopy gambar yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya background gambar mesti warna putih, baju / tudung warna gelap.
    • Kalau nak selamat, scan gambar yang dah diambil dekat kedai gambar tu.

  1. BUAT BAYARAN
    • Selepas upload gambar, boleh buat pembayaran yang diperlukan secara online.
    • Kadar bayaran seperti berikut:
      • Permohonan Biasa umur 13 – 59 tahun : RM 200
      • Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
  2. SIMPAN RESIT
    • Setelah semuanya selesai, anda akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.

PENTING: Sila bawa resit, kad pengenalan dan pasport asal. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.

SIAP! BILA BOLEH DATANG AMBIL

Baca juga: Senarai R&R PLUS Yang Dibuka & Kebenaran Aktiviti Dine-In Bermula 11 Oktober 2021

Kalau sebelum PKP, permohonan renew pasport online yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja, pasport baru yang dah siap akan diserahkan pada hari yang sama, iaitu kira-kira 1 jam selepas permohonan lengkap dihantar beserta bayaran.

Manakala bagi permohonan selepas jam 3 petang, ia akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Selamat renew pasport anda!

Disclaimers – Semua yang admin share dihalaman ini hanyalah panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Cara Renew Pasport Online. Mudah Tak Payah Beratur & Tunggu Lama!” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes