CARA RENEW LESEN MEMANDU & ROADTAX SECARA ONLINE MELALUI MYEG
JPJ telah memaklumkan bahawa semua lesen memandu & lesen kenderaan (roadtax) perlu diperbaharui sebelum tarikh 30 September.
Pastinya ramai antara kita yang masih belum renew lesen & roadtax lagi kerana susah nak pergi berurusan di pejabat JPJ ketika PKP.
Portal Malaysia ingin berkongsi cara perbaharu lesen dan roadtax secara atas talian.
Cara Renew Lesen Secara Online (MyEG)
LANGKAH-LANGKAH PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU ONLINE MELALUI MYEG
1.PENDAFTARAN & LOG MASUK
- Buka portal rasmi MyEg di pautan https://www.myeg.com.my/
- Sila daftarkan sebagai pengguna MyEg jika anda pertama kali menggunakan portal ini.
- Login menggunakan ID & password yang telah didaftarkan.
2.PILIH MENU JPJ
3.KLIK MENU ‘LESEN MEMANDU’
4.BACA TERMA & SYARAT. KLIK PROCEED.
5.ISI MAKLUMAT PEMBAHARUAN & PENGHANTARAN
Isikan tempoh pembaharuan yang diinginkan.
Kemudian kalau anda ingin lesen ini dihantar terus ke rumah, perlu select butang ‘Delivery’.
6.SEMAK MAKLUMAT
7.KLIK PROCEED.
8.BUAT PEMBAYARAN
9.PILIH KAEDAH PEMBAYARAN
10.SELESAI!
Dalam tempoh 4-5 hari, runner dari MyEG akan buat penghantaran atau pos terus ke depan pintu rumah anda!
Selamat mencuba anda semua!
Untuk membuat semakan status penghantara MyEG, anda boleh rujuk di laman web MyEG juga, iaitu di pautan berikut: https://www.myeg.com.my/delivery_status
Nota: Selain memperbaharui lesen memandu di MyEG, anda boleh menggunakan Portal mySikap JPJ atau secara janji temu di pos malaysia. Lihat cara seperti berikut:
- Cara Mohon Janji Temu Online Pejabat POS (Pembaharuan Lesen & Cukai Jalan JPJ)
- Lesen memandu anda mati ketika PKP? MySikap (JPJ) renew lesen secara online lebih mudah
Maklumat Lanjut
- Talian hotline MyEG: 03-7801 8888
- https://www.myeg.com.my/contact_us#contacts
Related Posts
- SPA Buka Pengambilan 785 Jawatan Kosong Terkini Seluruh Malaysia ~ Minima SPM Layak Mohon! / Gaji RM1,500 – RM4,005
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Wang Tak Dituntut – Ramai Yang Dah Buat Tuntutan eGumis ~ Wang Milik Anda Yang Anda Tidak Sedari
- BKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui
- Semak Kelayakan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) Melalui Portal e-Kasih