3 Cara Pilih Buah Oren Sebelum Membelinya

Buah oren memang sangat laris terutamanya pada Perayaan Tahun Baharu Cina.  Namun, bukan sahaja masyarakat Cina yang  suka membeli buah ini. Malah, pelbagai lapisan masyarakat juga turut gemar membeli buah ini.

Hal ini kerana, buah oren bukan sahaja sedap di makan begitu sahaja tetapi memberikan banyak khasiat pada tubuh dan kulit wajah kita. Sebab tu juga, kebanyakkan produk-produk kulit muka, mesti ada vitamin C di dalamnya. Iaitu vitamin C ini didapati melalui perahan dari buah-buah oren.

Tapi masalahnya, adakah kesemua buah oren ini akan enak di makan begitu sahaja? hihi. Sedangkan buah oren ini ada pelbagai rupa dan rasa. Ada yang rasanya sangat masam sehingga berkerut muka kita nak menahan masamnya tu. Ada juga yang manis rasanya. Tetapi jarang didapati di mana-mana pasar dan kita pun tak tahu, macam mana nak cari buah oren yang betul-betul manis ni kan?

Haa..kalau nak tau macam mana nak pilih buah oren yang betul-betul manis. Korang boleh try 3 tips dekat bawah ni yang telah dikongsi oleh netizen di fb. Mesti korang tak menyesal beli punya lepas ni!

Pilih buah oren yang ada lubang/pusat

Haa..tips yang pertama. Korang kena rajinkan diri untuk belek-belek sikit buah oren ni. Cuba korang tengok, buah oren ni ada lubang yang dalam ke tak  dekat tengah-tengah tu. Kalau takde..Awas! mungkin rasanya lebih masam. Tapi kalau ada lubang. Fuhh..sila la nikmati kemanisan buah oren tu.

Elakkan membeli buah oren yang tiada lubang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kedua pulak, kalau kita tengok betul-betul gambar buah oren ni, nampak sempurna je kan? tapi korang tak tau, buah oren ini mungkin nampak ‘sempurna’ di mata kita tapi  sebenarnya, fuhh..rasanya kemungkinan masam. Jadi, korang jangan pandang buah dari rupa je tau. Bak kat pepatah, indah khabar dari rupa. Hehe.

Hidu bau buah oren itu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Yang terakhir, buah oren yang sempurna dan sedap rasanya adalah datang daripada bau yang menyenangkan. Menyenangkan macam mana? kalau korang bau buah tu macam harum je, manis je, mesti confirm buah oren ni rasanya manis. Sebab buah oren yang dah busuk takkan bau harum pulakkan? hihi.

Esok, korang pergi pasar nak beli oren. Jangan lupa cuba tips ni. Selamat mencuba!

Leave a Comment