Home » Permohonan » Cara Permohonan Sistem Nombor Giliran JPJeQ Temujanji JPJ

Cara Permohonan Sistem Nombor Giliran JPJeQ Temujanji JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan sistem janji temu dan nombor giliran bersepadu (JPJeQ) sepenuhnya untuk urusan pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan cukai jalan (LKM) di semua kaunter seluruh negara.

Sistem ini merupakan salah satu inovasi prihatin rakyat oleh JPJ bagi memastikan pelanggan sentiasa selesa dan berpuas hati semasa mendapatkan perkhidmatan.

Tujuan Aplikasi JPJeQ:

Berikut merupakan fungsi aplikasi:

  • Membuat pilihan Cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan.
  • Menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran.
  • Mengamalkan norma baharu Covid-19 yang berorientasikan pendigitalan bagi mengelakkan 3C’s (Crowded, Confined, Close)
  • Mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.

Secara ringkasnya, anda hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran anda. Maka, anda tak perlu lagi berbaris dan menunggu.

Lepas dah ambil nombor, bolehlah pergi tempat lain dulu kalau angka giliran masih lambat.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Muat Turun Aplikasi:

Berikut merupakan link untuk muat turun Aplikasi JPJeQ:

Cara Memohon Nombor Giliran JPJeQ:

Untuk memohon nombor giliran JPJeQ, sila ikuti langkah berikut:

  1. Semak cawangan terdekat
  2. Hadir ke cawangan dan imbas kod QR
  3. Pilih perkhidmatan yang ingin dilakukan
  4. Anda akan menerima notifikasi nombor giliran
  5. Setelah nombor giliran semakin hampir, anda akan diminta untuk ke kaunter bagi melakukan urusan yang dinyatakan tadi.

Paparan Sistem:

Berikut merupakan paparan sistem JPJeQ:

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan aplikasi JPJeQ, sila hubungi ke talian 03-8000 8000 atau layari laman sesawang Portal Rasmi JPJ di SINI.

Penafian – Semua artikel admin share diatas merupakan panduan dan rujukan artikel related dengan “Cara Permohonan Sistem Nombor Giliran JPJeQ Temujanji JPJ” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!