Cara Padamkan MySejahtera Di Nombor Lama & Gantikan Ke Nombor Baru.


MySejahtera sudah menjadi keperluan utama rakyat Malaysia untuk bergerak ke sana sini malah jika tidak membawa telepom yang mempuyai aplikasi Mysejahtera , individu yang terbabit tidal dibenarkan untuk masuk ke sesebuah permis.

Mysejahtera yang berdaftar semestinya menggunakan peranti yang didaftar menggunakan nombor telefon peribadi malah ada ketika penguna menggunakan nombor telefon baru atau menukar telefon baru bagi tujuan tertentu.

Atau pun ada yang mengalami masalah nombor telefon dan email tidak aktif, atau mungkin anda telah logout dari akaun MySejahtera, jadi apa perlu buat?


Individu yang terbabit boleh sahaja membuat akaun baharu  tetapi dengan syarat anda perlu padam atau delete akaun lama terlebih dahulu. Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Nur Zulaikha.

Mari rujuk melalui langkah demi langkah dalam artikel ini.

Cara Padam Akaun MySejahtera:


Cara untuk delete akaun MySejahtera yang lama walaupun tidak dapat login ke akaun tersebut.

Bagi membuat sebarang perubahan kepada akaun MySejahtera, kita boleh menggunakan perkhidmatan MySejahtera Helpdesk.

Sistem ini akan memaparkan pelbagai masalah yang dihadapi secara terperinci. Kebanyakan isu biasa akan disenaraikan dalam Soalan Lazim (FAQ).


Disini adalah pekongsian cara untuk memadam akaun dan kemaskini maklumat terbaru.

 

Langkah 1 : Layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

Langkah 1 : Layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/


 

Langkah 2 : Klik ‘Mula’

 

Langkah 3 : Klik pada pilihan ‘C’ -Saya ingin mengemas kini Nama, Nombor Kad Pengenalan / Pasport, ID Pengguna atau memadam akaun saya. 

 

Langkah 4 : Kemudian klik ‘G’ -Saya ingin memadamkan akaun saya

 

Langkah 5 : Masukkan ID Pengguna MySejahtera yang lama (tolong faham yang lama. Kalau ID Pengguna MySejahtera nombor telefon, masukkan nombor telefon, kalau ID Pengguna e-email maka masukkan email.

Langkah 6 : Masukkan ID Pengguna MySejahtera yang lama (kalau Id Pengguna MySejahtera nombor telefon, tekan nombor telefon dalam bulatan kecil. Jika Id Pengguna MySejahtera e-mel, tekan e-mel) alamat e-mel untuk dihubungi tu masukkan e-mel yang aktif ye. 

Langkah 7 : Nanti akan jadi macam ini (tunggu e-mel) 

 

Langkah 8 : Akan dapat e-mel pertama yang dihasilkan secara automatik. Jangan balas e-mel ini.

 

 

 

 

Langkah 9 : E-mel kedua (E-mel ini penting. Baca betul-betul e-mel ini, kalau sebiji macam ni, boleh ke langkah ke 10 dan e-mel ini akan ambil masa ye. Kalau nasib anda baik, sekejap sahaja, kalau sistem sibuk, tak mustahil anda perlu tunggu sehingga 5 hari. 

Langkah 10 :Buka akuan MySejahtera  (kalau tak ada lagi, boleh daftar dulu ye) tekan ‘COVID-19 Vaccination’

Langkah 11 : Klik Vaccine for (nama anda) 

 

Langkah 12 : Nanti akan jadi macam ini (tengok ejaan nama, ic dan nombor telefon. Kalau salah boleh edit) lepas itu tekan ‘Confirm’

Langkah 13 : Jawab semua soalan (soalan 1 dan 4 tu penting. Soalan 1 jawab YA, soalan 4 tu masukkan alamat sampai keluar peta dalam petak tu. Soalan-soalan lain tu asas tentang diri anda. 

Langkah 14 : Nanti akan jadi macam ini, tekan ‘Close’

Langkah 15 : Sudah siap (semua maklumat dalam MySejahtera yang lama telah pun dipindahkan ke dalam MySejahtera yang baru)

Sumber maklumat : Siti Nur Zulaikha




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3