Melentur buluh biarlah daripada rebungnya , itulah kata – kata yang bisa digambarkan apabila anak- anak dididik dengan baik yang mana ianya perlu dipraktikkan sejak daripada kecil lagi .
Kanak – kanak terkadang suka dengan kerja yang disuruh dan akan bangga apabila dapat mencuba sesuatu yang baru malah ianya membantu anak – anak utuk menguasai tubuh dan kemampuannya.
Malah perkara itu sangat bagus dan akan dapat membantu kanak – kanak bersikap lebih terbuka dan berdikari tanpa perlu dipaksa .Berikut adalah tip yang harus ibu bapa lakukan untuk melatih anak agar berdikari:
Ajarkan rutin harian
Melakukan aktiviti harian seperti makan, mandi, tidur, serta bermain dalam urutan yang sama setiap hari dan ianya akan dapat membantu mereka untuk mengingati aktiviti dan rutin pada setiap hari .
Ciptakan rutin yang normal
Sediakan jadual untuk rutin yang sesuai dengan jadual kegiatan keluarga secara keseluruhan. Misalnya, biasakan bangun tidur dan sarapan bersama .
Tetapkan waktu untuk makan , main dan tidur agar mereka merasa lebih tertaur dan tahu tentang waktu yang perlu dihabiskan untuk aktiviti harian mereka.
Elakkan daripada memaksa anak melakukan perkara tidak mampu ia lakukan kerana ianya membuatkan anak merasa rendah diri dan tidak yakin tetapi cuba perbaiki jadual dan ubah mengikut kesesuaian.
Bersikap lebih terbuka dan memberi peluang
Tidak perlu bersikap terlalu menekan kerana keperluan anak berbeza pada setiap hari. Pelbagaikan aktiviti anak agar mereka tidak merasa terkongkong dan tidak mahu bekerjasama, Penuhi masa mereka yang terluang dengan perkara yang mereka minati dan tidak terlalu memaksa tentang sesuatu perkara .
Sentiasalah memberikan pujian apabila anak dapat melakukan rutin tanpa paksaan kerana semua orang sangat suka dan teruja apabila dipuji dan dihargai .
Melatih anak menyiapkan kelengkapan sendiri
Contohnya : sebelum mandi, minta anak mengambil tualanya sendiri dan setelah selesai mandi, minta dia memilih baju yang akan dipakainya pada hari tersebut tanpa perlu anda sediakan terlebih dahulu dan elakkan memberi arahan serta biarkan mereka memilih sendri tanpa dibantu.
Perkara seperti ini dapat membuat anak menjadi lebih berdikari dan mampu membuat keputusan dalam kehidupan seharian hingga dia dewasa kelak tanpa bantuan orang lain.
Menyediakan Jadual
Sediakan jadual dalam bentuk poster yang bergambar agar ianya nampak lebih menarik . Jadual berbentuk gambar dapat menarik minat kanak- kanak dan mudah untuk mengingati perlakuan di dalam gambar tersebut.
Malah kebanyakkan kanak – kanak lebih tertumpu kepada jadual kerana ianya menjadi panduan dan boleh dilihat jika terlupa tentang sesuatu perkara yang perlu dilakukan .