Cara Mudah Terminate Akaun ASB

Penularan wabak COVID-19 telah banyak menjejaskan ekonomi ramai orang. Oleh itu penstrukturan semula kadar pinjaman ASB adalah wajar bagi membantu meringankan beban bagi mereka yang terjejas. Namun, ianya bergantung pada kematangan akaun pinjaman anda dan juga pihak bank loan ASB anda.

Terdapat sesetengah bank yang terlibat sebagai ejen dana ASB seperti:

  1. MAYBANK.
  2. CIMB.
  3. RHB.

Baca juga:

Cara Terminate Loan ASB:

Berikut merupakan cara terminate load ASB mengikut bank:

1)Maybank:

1.  Sila kunjungi mana-mana cawangan Maybank dan lampirkan kad pengenalan anda.

2. Bawa dokumen yang berkenaan seperti nombor akaun pinjaman ASB anda.

3. Kemudian, sila maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB.

4. Pegawai bank akan memeriksa status akaun pinjaman anda untuk menyemak baki, status tunggakan dan sebagainya.

5. Anda perlu nyatakan alasan yang kukuh untuk menyokong tindakan anda untuk membatalkan pinjaman ASB anda.

6. Pegawai akan berikan borang membatalkan pinjaman ASB untuk diisi.

7. Setelah borang permohonan selesai diisi, pegawai bank akan memeriksa cap jari.

8. Jika tiada masalah, urusan terminate asb loan bank Maybank anda akan segera selesai.

2) CIMB:

1. Sila kunjungi mana-mana cawangan CIMB dan lampirkan kad pengenalan anda.

2. Kemudian, sila maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB.

3. Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.

4. Kemudian, anda perlu nyatakan alasan munasabah kepada pegawai bank sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.

5. Isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.

6. Proses terminate asb loan bank CIMB akan diproses segera.

3) RHB:

1.Semak status ASB anda terlebih dahulu sebelum ke cawangan RHB berdekatan anda. Jika loan asb yang anda tidak cukup tempoh 36 bulan bayaran, akan dikenakan denda sebab tidak cukup 36 bulan.

2. Maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB anda.

3. Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.

4. Nyatakan sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.

5. Kemudian, isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.

6. Kemudian pegawai bank akan memeriksa cap jari anda.

7. Proses terminate asb loan bank RHB  anda akan diproses.

*Tempoh 2 bulan untuk urusan  jualan balik and urusan BNM diperlukan. Selepas proses ini selesai, anda akan tahu berapa jumlah hasil yang diperolehi daripada terminate asb loan RHB.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut yang berkenaan, sila hubungi agen ASB anda masing-masing mengikut bank.

mybsn
BKM

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3