Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis).
Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 pada tahun 2022 ini.

Baca juga:
Kaedah Semakan:
Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan:
Cara 1: Dapatkan Keputusan Di Sekolah / Pos:
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022.
Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.
Cara 2: Semak Secara Online:
Semak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022.
Cara 3: Semak Secara SMS:
Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022.
Muat Turun Keputusan:
Slip keputusan penuh boleh dimuat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan myresult3.moe.gov.my
Semak Semula Keputusan:
Sistem ELP hanya dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.
Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.
Kaedah Bayaran:
Berikut adalah cara-cara untuk bayaran semakan semula keputusan:
Cara 1: Bagi Permohonan Melalui Pos:
- Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
- Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
- Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
Cara 2: Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
- Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
- Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
Maklumat Lanjut:
Untuk makumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Kementerian Pendidikan atau hubungi di talian +603-8000 8000.