Home » Isu Semasa » Cara Mudah Report Kesalahan Trafik JPJ

Cara Mudah Report Kesalahan Trafik JPJ

Kesalahan trafik merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan dan kecelakaan di jalan raya. Antara kesalahan trafik tersebut termasuklah tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar yang boleh menyebabkan kecederaan bagi penumpang kenderaan atau penunggang motorsikal. Atas sebab itu peraturan jalan raya telah diwujudkan bagi membendung pengguna melakukan kesalahan trafik.

Cara Melaporkan Kesalahan Trafik Ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Contoh Kesalahan Trafik Yang Boleh Dibuat Laporan

  1. Mengekori kereta hadapan dengan terlalu dekat
  2. Menyalahgunakan laluan lorong kecemasan
  3. Memotong barisan di jalan raya

Cara Membuat Laporan Kesalahan Trafik JPJ

Berikut disediakan panduan untuk membuat laporan kesalahan trafik oleh orang awam kepada JPJ:

  1. Sila Hantar laporan aduan melalui emel ke [email protected]
  2. Sertakan butiran pengadu di dalam emel seperti berikut:
    • Nama Penuh Pengadu
    • No Kad Pengenalan Pengadu
    • Alamat Surat Menyurat Pengadu
    • Nombor Telefon Pengadu
  3. Sertakan juga butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat bekenaan iaitu:
    • Laporan ringkas aduan
    • Jenis Kenderaan
    • Tarikh dan Masa
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan Pesalah
    • Tempat Kejadian Kesalahan
    • Salinan Foto, Video atau Dokumen Berkaitan
  4. Seterusnya pihak JPJ akan mengeluarkan Notis 114 yang merupakan notis temu siasat kepada pemilik kenderaan yang dilaporkan untuk memberi keterangan lanjut berkenaan kesalahan yang dilakukan
  5. Jika didapati bersalah, Notis P22 yang merupakan notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit

Nota: Pastikan gambar atau video yang diambil adalah jelas. Pemandu tidak disarankan mengambil gambar sebaliknya penumpang ataupun menggunakan kamera rakaman kenderaan (dashcam). Pengaktifan location tags pada tetapan aplikasi kamera digalakkan bagi memudahkan mendapatkan rekod maklumat masa, tarikh dan lokasi yang lebih tepat.

Infografik Cara Membuat Laporan Kesalahan Trafik JPJ

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh kunjungi Facebook Rasmi JPJ seperti pautan di bawah:

Facebook Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Penafian – Semua artikel admin share dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Cara Mudah Report Kesalahan Trafik JPJ” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes