Tahukah anda Selepas tarikh luput 10 tahun, kad tidak boleh digunakan dan anda harus tukar ganti kad baharu untuk terus menggunakan perkhidmatan Touch ‘n Go.
Jika anda masih mempunyai baki dalam kad yang telah luput, rosak atau hilang, anda boleh mendapatkan baki duit yang masih terdapat dalam kad tersebut.
Proses refund ini boleh dibuat secara online sahaja
Cara Refund Touch N Go
LANGKAH 1
Layari: https://v2.touchngo.com.my/customer-service/erefund
LANGKAH 2
Isikan maklumat penting berkaitan kad anda.
LANGKAH 3
Isikan maklumat penting peribadi, pastikan nama penuh di isi mengikuti kad pengenalan.
LANGKAH 4
Pilih alasan dan kaedah bayaran balik wang anda.
Proses bayaran balik boleh mengambil masa 30 hari dari tarikh permintaan.
Jika anda masih menghadapi masalah, sila hubungi Careline Touch n Go di pautan berikut: https://v2.touchngo.com.my/customer-service/contact-us
Baca juga: Cara Aktifkan MyKad Untuk Bayar Tol & Parking Touch N Go Anda
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai pertanyaan tentang bayaran balik baki kad kad Touch n Go, anda boleh baca selanjutnya melalui pautan ini: https://www.touchngo.com.my/erefund/