Tahukah anda bahawa anda boleh mengeluarkan wang simpanan KWSP untuk tujuan pembelian rumah?
Harga rumah semakin meningkat sekarang ini menyebabkan ada pembeli tidak mampu untuk beli rumah sendiri. KWSP membenarkan pengeluaran hanya dari akaun 2 untuk tujuan ini.
Bayaran akan dikeluarkan dan dibayar kepada pemohon dalam tempoh 15 hari selepas permohonan dibuat dan jika semua dokumen lengkap dikemukakan.
Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan
- Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 55 tahun ke bawah sahaja.
- Membeli rumah kediaman sahaja.
- Baki minimum mestilah RM500 dalam akaun 2.
- Tidak pernah sebelum ini mengeluarkan KWSP 2 untuk tujuan yang sama.
- Permohonan loan/ pinjaman telah diluluskan.
Baca juga: Cara Mudah Guna Simpanan KWSP Untuk Daftar Naik Haji
Cara Permohonan
Untuk permohonan, anda perlu hadir ke pejabat KWSP berdekatan anda dan bawa bersama dokumen berikut.
- Kad pengenalan
- Surat perjanjian jual beli rumah.
- Buku bank atau penyata akaun simpanan.
Maklumat lanjut secara terperinci dokumen yang diperlukan, boleh dilihat di sini https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/buy-home#subsale
Baca juga: Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Bayar Ansuran Bulanan Rumah
Adakah perlu hadir ke pejabat KWSP?
Ya. Untuk pengecaman cap jari dan bagi memastikan permohonan dibuat oleh pemilik akaun sendiri.
Adakah ianya terpakai untuk pembelian rumah kedua?
Ya. Namun dokumen berbeza diperlukan bagi rumah kedua.
Bagaimana cara semak status permohonan?
Anda boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP (03-89226000)
Related Posts
- Jom Daftar i-Saraan Dan Dapat RM250 KWSP 2022
- Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Ke Atas & Dapat RM250 Insentif Dari Kerajaan!
- Bantuan Suri Rumah, Jom Mohon i-Suri KWSP 2022 Bantuan RM480
- Perkara Penting Perlu Anda Kenal Pasti Sebelum Pengeluaran KWSP April Ini
- Cara Kemaskini No Telefon KWSP | Proses OTP/ TAC