Langkah Mudah Padam Akaun MySejahtera Lama Anda (No. Tel/Emel Hilang) & Pindah Maklumat Tanggungan


Ada yang menghadapi masalah akaun MySejahtera lama yang menggunakan nombor telefon yang tidak lagi aktif ataupun telefonnya hilang, emel yang tak aktif dan juga sebagainya. Sekiranya berlaku kes sebegini, anda boleh mendaftar akaun baharu namun akaun MySejahtera yang lama haruslah di padam atau dihapuskan.

Cara Pindah Maklumat Tanggungan ke MySejahtera Sendiri

1. Padam Nama Sebagai Dependent Pada Telefon Orang Lain

Pertama sekali, korang perlu buka MySejahtera yang nama anda terdapat di situ sebagai tanggungan tak kira lah suami atau anak-anak dan seterusnya padamkan nama korang di situ sebagai dependent.

Langkah-langkahnya:

  1. Buka Aplikasi MySejahtera
  2. Klik COVID-19 Vaccination
  3. Klik ‘Remove Dependent’

2. Muat turun MySejahtera di Telefon Sendiri

Setelah selesai memadamkan maklumat tanggungan di telefon orang lain, boleh lah muat turun MySejahtera di telefon sendiri dan daftar akaun MySejahtera semula.

3. Sahkan Maklumat Di Telefon Baru

Setelah berjaya mendaftar akaun MySejahtera sendiri di telefon masing-masing, sahkan maklumat dengan ikuti:

  1. Buka Aplikasi MySejahtera
  2. Klik COVID-19 Vaccination
  3. Klik Vaccine for ……..
  4. Semak Maklumat Nama, No. IC & No. Telefon
  5. Sahkan dengan klik butang Confirm dan OK

4. Jawab Soalan MySejahtera

Seperti biasa MySejahtera akan mengeluarkan soalan-soalan berkaitan vaksinasi:

  1. Pilih ya jika korang bersetuju atau jawapan yang betul bagi soalan tersebut.
  2. Setelah selesai menjawab klik Submit
  3. Sahkan dan Klik butang OK
  4. Paparan pendaftaran selesai akan ditunjukkan, tidak perlu risau korang bukan daftar semula untuk divaksin, rujuk langkah seterusnya

5. Semak Sijil Digital Vaksin Di MySejahtera Sendiri

Selepas itu, korang boleh terus semak sijil digital vaksin di aplikasi masing-masing:

  1. Buka MySejahtera
  2. Klik COVID-19 Vaccination
  3. Klik Vaccine for ……..
  4. Klik ‘Click here to view your COVID-19 vaccination digital certificate’

Selesai proses pindah maklumat tanggungan ke telefon sendiri. Cara ni pun sememangnya merupakan cara yang betul seperti yang dimaklumkan melalui helpdesk MySejahtera

Cara Padam Akaun MySejahtera Lama Kerana Telefon / Emel Tak lagi digunakan

Sekiranya korang ada masalah nak daftar akaun baharu MySejahtera kerana akaun lama menggunakan nombor telefon atau emel yang tidak lagi aktif, dan ada juga yang telah terkeluar atau logout dari akaun tersebut, apa yang perlu dibuat adalah padam atau delete dahulu akaun lama sebelum mendaftar baharu.

Langkah yang perlu dibuat adalah seperti dibawah:

1. Buka Helpdesk MySejahtera seperti pautan berikut di Pelayar Internet (Chrome, Safari dan lain-lain)

https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/ 

2. Klik Mula

3. Baca soalan yang disediakan (kemungkinan pilihan berubah dalam sistem), pilih jawapan C (rujuk gambar)

4. Tiba di soalan seterusnya, pilih jawapan ‘Saya ingin memadamkan akaun saya’


5. Masukkan ID Pengguna MySejahtera (Yang Lama) sama ada mengunakan nombor telefon yang tidak lagi aktif ataupun e-mail yang tak lagi digunakan. Pastikan isi alamat e-mel untuk dihubungi yang aktif kerana respon akan dihantar ke emel tersebut.

6. Paparan ‘Terima kasih’ akan ditunjukkan dan emel akan dihantar kepada emel yang telah diberikan

7. Emel notifikasi akan dihantar dan tunggu emel ‘Berjaya Dipadamkan’ dihantar pula dalam beberapa minit atau beberapa hari

8. Buka MySejahtera & log masuk atau daftar menggunakan nombor telefon yang baru atau emel yang baru. Jika perlu jawab semua soalan lain boleh teruskan.

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia kongsikan diatas sekadar tutorial dan rujukan yang related dengan “Langkah Mudah Padam Akaun MySejahtera Lama Anda (No. Tel/Emel Hilang) & Pindah Maklumat Tanggungan” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.