Cara Mudah Keluar Duit Tanpa Kad


Pengguna Maybank boleh mengeluarkan duit tanpa menggunakan kad namun melalui penggunaan kod SMS.

Kini, para pengguna boleh mengeluarkan duit tanpa menggunakan kad menerusi aplikasi Maybank MAE yang telah dimuat turun di dalam telefon bimbit.

Cara Menyediakan Tetapan


1. Sila buka aplikasi Maybank MAE.

2. Klik pada butang ‘Manage.’

Cara Mudah Keluar Duit Tanpa Kad 1

3. Buang salah satu ‘Widget’ dengan klik butang ‘-‘ dan klik butang ‘+’ pada perkataan ATM Cash-Out serta klik ‘Save Change.’

Cara Mudah Keluar Duit Tanpa Kad 2

4. Pengguna boleh melihat paparan telah bertukar seperti di bawah.

Cara Mudah Keluar Duit Tanpa Kad 3

5. Kemudian, klik pada bahagian ‘ATM Cash-Out.’

Cara Mudah Keluar Duit Tanpa Kad 4

6. Klik pada kotak ‘I confirm that I have read the above and agree to the Terms & Conditions’ dan klik butang ‘Confirm.’

Cara Mudah Keluar Duit Tanpa Kad 5

7. Masukkan OPT Password yang dihantar melalui telefon bimbit dan klik butang ‘✓’

Cara Mudah Keluar Duit Tanpa Kad 6

8. Kemudian boleh pada klik butang ‘Done’ untuk melengkapkan tetapan dan tunggu pengesahan sehingga 24 jam.

Cara Mudah Keluar Duit Tanpa Kad 7

Baca juga: Cara Refund Duit Ke Dalam Kad Touch n Go Anda

Cara Mengeluarkan Duit Di ATM

1. Buka aplikasi Maybank MAE dan klik butang scan di bahagian tengah aplikasi.

Cara Mudah Keluar Duit Tanpa Kad 8

2. Scan QR kod di mesin ATM

Cara Mudah Keluar Duit Tanpa Kad 9

3. Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan.

Cara Mudah Keluar Duit Tanpa Kad 10

4. Klik pada butang ‘Withdraw Now’ dan duit akan dikeluarkan.

Penerangan Lanjut

Penerangan lanjut boleh ditonton menerusi video dibawah:


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3