Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai banyak fungsi tahu tak?
Selain digunakan untuk simpanan wang waktu persaraan, ianya juga boleh digunakan untuk membuat pendaftaran haji.
Syarat Daftar Naik Haji Menggunakan KWSP
Untuk mendaftar haji, anda perlulah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
- Warganegara Malaysia & Pemastautin Tetap
- Beragama Islam
- Mempunyai baki sekurang-kurangnya RM1,300.00 dalam Akaun 1
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
Baca juga: Hanya 5 Langkah Mudah Bayar Hutang PTPTN Melaui KWSP
Cara Untuk Membuat Pendaftaran
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu hadirkan diri ke mana-mana cawangan Tabung Haji dan bawa bersama kad pengenalan.
Selain itu, bawa bersama penyata akaun KWSP. Ianya boleh diperolehi dengan login ke dalam i-Akaun KWSP.
Baca juga: Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Bayar Ansuran Bulanan Rumah