Cara Mudah Dapatkan Semula Akaun MySejahytera Anda

Anda terlogout dan terlupa kata laluan MySejahtera anda? Jangan risau, disini kami kongsikan cara untuk anda dapatkan semula akaun MySejahtera anda.

Seperti yang kita maklum yang aplikasi MySejahtera merupakan satu aplikasi untuk mengawas penularan wabak COVID-19 di kalangan masyarakat di Malaysia. Malah ianya perlu digunakan di semua tempat sebelum memasuki mana-mana premis.

MySejahtera juga berfungsi untuk mendaftar dan menyemak tarikh pengambilan suntikan vaksin.

Baca juga:

Cara Dapatkan Akaun MySejahtera:


Berikut adalah cara untuk dapatkan semula kata laluan akaun MySejahtera anda:

1)Reset Password MySejahtera (No Telefon):

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda.
  2. Klik pada Lupa Kata Laluan.
  3. Masukkan No Telefon anda dan klik Hantar
  4. Kemudian anda akan terima SMS dari MySejahtera, dan klik pautan pada SMS tersebut
  5. Masukkan Kata Laluan baru.
  6. Masukkan semula Kata Laluan baru anda.
  7. Tekan pada Set Semula Kata Laluan.

2) Reset Password MySejahtera (Emel):

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda.
  2. Klik pada Lupa Kata Laluan.
  3. Klik pada My user ID is an email.
  4. Masukkan email anda dan klik Hantar.
  5. Kemudian anda akan terima Email dari MySejahtera, dan klik pautan pada Email tersebut.
  6. Masukkan Kata Laluan baru.
  7. Masukkan semula Kata Laluan baru anda.
  8. Tekan pada Set Semula Kata Laluan.

3) Reset Password MySejahtera (HelpDesk MySejahtera):

Jika masalah masih tak selesai, sila mohon delete ID Email melalui Helpdesk di pautan berikut: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

Baca juga: Langkah Mudah Padam Akaun MySejahtera Lama Anda (No. Tel/Emel Hilang) & Pindah Maklumat Tanggungan

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan maklumat melalui fungsi bantuan “MySejahtera Helpdesk” dalam aplikasi MySejahtera.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3