Home » Bantuan » Cara Mohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2021

Cara Mohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2021

Berita baik! Semua pelajar IPT dalam & luar negara, anda boleh memohon dana Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2021.

Dana ini adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran.

Apakah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)?

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

SPZAS ini disasarkan kepada golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

Kadar Sumbangan SPZAS

Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan sebanyak RM700 (SPZAS IPT dalam negara) & RM2,500 (SPZAS IPT luar negara) bagi setiap peringkat pengajian seperti dinyatakan di atas.

Syarat-syarat Permohonan SPZAS?

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor IPT dalam negara hanya terbuka kepada pelajar semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:

  • Sijil
  • Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
  • Diploma/Diploma Lanjutan
  • Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
  • Ijazah Sarjana (Master)

Permohonan SPZAS IPT luar negara pula hanya terbuka kepada pelajar di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan serta Morocco yang melanjutkan pengajian di peringkat:

  • Ijazah Sarjana Muda

Kriteria Kelayakan

Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Ketua keluarga/penjaga lahir ahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon)
  5. Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco.
  6. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.

Tarikh Permohonan

Para pelajar boleh membuat permohonan ini bermula dari 20 November sehingga 21 Disember 2021 secara dalam talian di www.zakatselangor.com.my/spzas .

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan www.zakatselangor.com.my/spzas bermula dari 20 November sehingga 21 Disember 2021.

Terdapat 11 (sebelas) dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  4. Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  5. Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  6. *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
  7. *Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  8. Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
  9. Kad OKU (Jika Berkenaan)
  10. Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
  11. Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)

*Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun di www.zakatselangor.com.my/spzas.

Baca juga: GKP 4.0 : Bayaran RM500

Semakan Status Permohonan

  1. Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.
  2. Sekiranya permohonan masih dibuka dan terdapat permohonan yang dihantar dalam masa 5 hari sehingga sebelum tamat tempoh permohonan, LZS akan membuat pembayaran bagi permohonan tersebut selewatnya pada tarikh 20 Januari 2022.
  3. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Maklumat Lanjut

Pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan

Sebarang pertanyaan khusus berkaitan status bantuan SPZAS yang telah dihantar hanya dibuka bermula 2 Januari 2022.

Disclaimers – Semua yang admin share dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Cara Mohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2021” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes