Cara Mohon Skim Program Rezeki Ternak Ruminan 2022 – DVS


Bantuan Skim Rezeki Ternak yang diperkenalkan sebelum ini akan diteruskan lagi bagi tahun 2022.

Apakah Program Skim Rezeki Ternak DVS?

Permohonan Rezeki Ternak Ruminan dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.

Skop bantuan adalah dalam bentuk bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu – dengan konsep geran padanan 10:90) dan bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang / reban.

Sasaran Program

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Petunjuk prestasi utama / sasaran Program Rezeki Ternak Ruminan (Bantuan Ternakan) adalah:

Dalam tempoh 3 tahun Perjanjian, peserta harus mencapai KPI atau sasaran prestasi keseluruhan ladang seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian Pelaksanaan Program Reseki Ternak yang perlu ditandatangani oleh peserta.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2021.

Syarat-syarat Permohonan Program Skim Rezeki Ternak Ruminan 2022

Pemohon hendaklah:


  1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
  2. Penternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
  3. Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% dari nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan)
  4. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya satu tahun dan masih aktif beroperasi
  5. Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai
  6. Pemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi / jabatan lain dan pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek

Cara Permohonan Program

Pemohon yang berminat dan menepati syarat seperti yang ditetapkan boleh mengisi borang dengan mengimbas Kod QR seperti yang tertera pada poster di atas.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak urusetia melalui talian 03-88702406/ 03-88702421

Laman web: http://www.dvs.gov.my/ 

Penafian – Bahan yang admin share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Cara Mohon Skim Program Rezeki Ternak Ruminan 2022 – DVS” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



APDM
EOperasi KPM Login
ESPKWS KPM Login
mybsn
Semakan KWSP 2.0
BKM 2022
SPLKPM
PTPTN Login 2022
Penyata Gaji
SPA9
Doa Buka Puasa
Doa Dhuha
MySalam
KWSP 2.0 10k upu online