Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Cara Mohon Selangor Advance Untuk IKS Selangor

by portalmalaysia
November 3, 2020
in Permohonan
A A

Apa itu Selangor Advance? Ia merupakan pembiayaan tunai kepada perusahaan kecil dan sederhana sektor kerajaan. Kerajaan Negeri Selangor telah membuat satu inisiatif yang dinamakan Selangor Advance untuk membantu kumpulan usahawan dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Banyak usahawan dari IKS terkesan akibat COVID-19 yang melanda negara kita, oleh itu program Selangor Advance ini telah membuat peruntukan sebanyak RM 100 juta yang bertujuan untuk mengitarkan ekonomi Selangor melalui mempercepatkan aliran tunai.

Bagi memandapatkan semua peringkat yang terlibat dengan aktiviti ekonomi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, maka Program ini akan dijalankan secara berperingkat. Baca seterusnya untuk perkongsian yang lebih terperinci :

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Senarai Kandungan

  • Ciri-ciri Selangor Advance
  • Cara Buat Permohonan
  • Dokumen Yang Diperlukan
  • FAQ Selangor Advance 
  • Bagaimana saya boleh menyemak kelayakan syarikat saya untuk program ini?
  • Adakah kemudahan ini terbuka kepada syarikat berstatus Bumiputera sahaja?
  • Adakah kedudukan kewangan syarikat saya akan mempengaruhi permohonan saya?
  • Adakah kriteria yang dikenakan pada nilai invois?
  • Apakah yuran dan caj operasi lain-lain yang dikenakan kepada pembekal?
  • Adakah pemohon memerlukan cagaran?
  • Maklumat Lanjut

Ciri-ciri Selangor Advance

Lihat Juga  Bantuan Khas Sukarelawan Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)

Terdapat beberapa kriteria untuk Selangor Advance ini bagi memudahkan kelompok usahawan dari Indsutri Kecil dan Sederhana ini, antara kriteria tersebut ialah :

📌Sistem Tawarruq berlandaskan patuh Shariah

📌Membiayai invois sektor kerajaan

📌Kelulusan segera dan tiada cagaran

📌Caj serendah 1% dari nilai invois

Cara Buat Permohonan


Bagi usahawan yang dari Industri Kecil dan Sederhana ini, anda digalakkan membuat permohonan Selangor Advance ini, anda boleh ikuti cara permohonan seperti di bawah :

0️⃣1️⃣Pemohon perlu ada pengesahan siap kerja

0️⃣2️⃣Hantarkan invois kepada Selangor Advance untuk memohon pembiayaan pembayaran awal

0️⃣3️⃣Dapatkan bayaran awal dengan kadar segera

0️⃣4️⃣Sila ke laman web https://selangoradvance.com.my/ dan masukkan maklumat peribadi anda untuk membuat permohonan online seperti

✔️Nama
✔️Nombor Telefon
✔️E-mel
✔️Nama Syarikat
✔️Beberapa soalan tentang pemilik syarikat dan pelanggan

Dokumen Yang Diperlukan


Bagi anda yang ingin membuat permohonan Selangor Advance, di bawah ialah dokumen sokongan yang perlu anda sertakan :

📁Salinan Kad Pengenalan

Lihat Juga  Tebus Bantuan Persekolahan Sehingga RM450 MAIWP

📁6 bulan penyata bank

FAQ Selangor Advance 


Bagaimana saya boleh menyemak kelayakan syarikat saya untuk program ini?

Anda perlu mengisi borang permohonan di laman web www.selangoradvance.com.my Anda akan dimaklumkan status kelayakan/kelulusan permohonan untuk mengambil bahagian dalam program ini dalam masa 3 hari setelah borang diisikan dengan lengkap.

Adakah kemudahan ini terbuka kepada syarikat berstatus Bumiputera sahaja?

Tidak. Kemudahan ini terbuka untuk syarikat pembekal/penyedia perkhidmatan yang berurusan dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor, agensi dan kumpulan GLC Selangor sahaja tanpa mengira status Bumiputera

Adakah kedudukan kewangan syarikat saya akan mempengaruhi permohonan saya?

Permohonan anda akan dinilai secara menyeluruh. Keutamaan penyertaan akan diberikan kepada pembekal yang mempunyai rekod prestasi yang kukuh / prestasi kerja yang baik /menjalankan kerja / perkhidmatan dalam dalam tempoh jangka panjang dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor, agensi dan kumpulan GLC Selangor buat masa ini

Adakah kriteria yang dikenakan pada nilai invois?

Nilai invois yang diterima buat masa ini adalah sekurang-kurangnya RM10,000 setiap invois untuk layak menggunakan kemudahan ini. Anda juga boleh menyemak status kelulusan permohonan pembayaran awal untuk nilai invois anda di portal Selangor Advance setelah anda diluluskan sebagai pembekal di bawah program ini.

Lihat Juga  Semakan MAIDAM (Zakat Terengganu)

Apakah yuran dan caj operasi lain-lain yang dikenakan kepada pembekal?

Kadar pembiayaan adalah serendah 1% nilai invois, bergantung kepada tempoh pembiayaan yang diperlukan – kadar pembiayaan akan meningkat mengikut tempoh pembayaran awal yang diperlukan Kadar caj tersebut akan ditolak terlebih dahulu sebelum pembayaran pembiayaan dibuat kepada pihak pembekal. Kadar caj yang ditolak akan dipaparkan pada masa pembayaran awal dipohon, pemohon boleh memilih sama ada untuk meneruskan dengan permintaan pembayaran awal berdasarkan kadar caj yang dikenakan. Kadar caj hanya dikenakan jika pembayaran awal dipohon dan diluluskan, tiada caj tersembunyi lain-lain seperti bayaran komitmen, yuran guaman atau bayaran setem sebelum pembayaran pembiayaan dibuat. Caj ini bertujuan untuk menampung kos operasi seperti penyimpanan awan (“cloud storage”), keselamatan data (“data security”), dan beberapa keperluan lain yang dilaksanakan bagi mengekalkan operasi platform berada ditahap yang optimum dan fungsinya dapat diperluaskan.

Adakah pemohon memerlukan cagaran?

Cagaran tidak diperlukan Pembekal/penyedia perkhidmatan yang telah diluluskan untuk mengambil bahagian dalam program ini boleh memohon untuk pembayaran awal atas nilai invois pada bila-bila masa sepertimana yang perlu. Invois yang tidak memerlukan pembayaran awal juga akan dibayarkan melalui platfom ‘Selangor Advance’ kepada pembekal mengikut terma sedia ada.

Maklumat Lanjut


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang Selangor Advance anda boleh rujuk atau hubungi di :

☎️018 282 8502 / 018 282 8227

Source: selangoradvance

Menu Utama

  • Bantuan
  • KPM
  • KWSP
  • Portal Rasmi
  • Jawatan Kosong Kerajaan 2023
  • Islam
  • Gosip Artis Malaysia
  • Hardwarezone
  • Techcentral
  • Isu Semasa
  • Resepi
  • Bola Sepak
  • Tempat Menarik
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 10shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 10shares
  • 9
  • 1
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×