Program Skim Perantisan Nasional (SPN) ini merupakan program tawaran baharu Kolaborasi Rentas Kementerian bagi memberi pengalaman bekerja melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat/organisasi yang terlibat dan membantu melonjakkan kebolehpasaran belia pasca COVID19.
Program ini ditawarkan adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia dengan menyediakan sistem sokongan dengan memberi pengalaman pekerjaan kepada belia.
Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam dunia pekerjaan sebenar melalui latihan soft-skills dan on-the-job-training. Baca perkongsian di bawah tentang Program Skim Perantisan Nasional (SPN) dan cara mohon :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Syarat Permohonan SPN
Untuk membuat permohonan Program Skim Perantisan Nasional ini, secara umumnya belia warganegara Malaysia adalah layak untuk memohon dan menyertai SPN ini dengan perlu penuhi syarat seperti di bawah untuk permohonan :
✅Berumur tidak melebihi 35 tahun
✅Memiliki SPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Kemahiran yang diiktiraf kerajaan dari institusi pengajian tinffi dalam dan luar negara atau kelayakan lain yang setaraf dengannya
✅Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
✅Tiada rekod jenayah
✅Tidak bankrap
✅Bersetuju mengikuti program sepenuh masa
Manfaat Yang Diperolehi
Jika anda menyertai Program Skim Perantisan Nasional ini, terdapat beberapa manfaat dan faedah yang anda perolehi melalui Program SPN ini. Antaranya ialah :
🧩Perantis berpeluang untuk menimba pengalaman dan mempraktikan pengetahuan yang dipelajari dalam realiti pekerjaan sebenar
📈Meningkatkan potensi diri dan memperoleh kemahiran yang diperlukan melalui pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman
🔖Membantu menangani kesukaran belia mencari dan mendapat pekerjaan
🔗Melalui program ini ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguram
🖋Program SPN bertindak sebagai penampan dalam usaha merancakkan semula ekonomi pasca Covid-19
Cara Buat Permohonan
Bagi anda yang telah memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, anda boleh ikuti cara di bawah :
📝Pemohon perlu mengisi borang permohonan secara online
📝Layari ke laman web https://ebelia.iyres.gov.my/ atau borang permohonan
📝Lengkapkan dan isi borang permohonan yang disertakan dengan gambar dan resume pemohon
FAQ
Setelah mengisi borang tersebut berapa lama saya perlu menunggu jawapan daripada pihak Urus Setia SPN?
Pihak Urus Setia SPN akan menghubungi pemohon melalui emel dalam tempoh 14 hari selepas tarikh permohonan. Pemohon yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Bilakah program ini bermula dan berapa lama tempoh penempatan perantis di syarikat yang terlibat?
Program ini akan bermula pada bulan Ogos 2020 dan tempoh penempatan sebagai perantis adalah di antara tiga hingga enam bulan.
Adakah saya dijamin akan mendapat pekerjaan apabila menyertai program ini?
SPN dilaksanakan berdasarkan konsep jaminan pekerjaan atau place-andtrain. Setiap perantis yang layak secara prinsipnya telah mendapat jaminan pekerjaan dengan syarikat/organisasi yang akan ditempatkan kelak. Walau bagaimanapun, perantis hendaklah sentiasa mempamerkan prestasi terbaik sepanjang masa melalui peluang pengalaman pekerjaan ini dan sekiranya prestasi berada di bawah tahap memuaskan, peluang ini boleh ditarik balik.
Adakah program SPN memperuntukkan elaun bagi peserta perantis?
Elaun yang disediakan adalah berbeza bagi setiap syarikat/organisasi. Walau bagaimanapun, Sekretariat SPN mencadangkan elaun sekitar RM800 hingga RM2,000 dapat diberikan kepada perantis, bergantung kepada kelulusan akademik.
Adakah penginapan disediakan bagi perantis yang tinggal di luar kawasan di sepanjang tempoh penempatan?
Penginapan tidak disediakan kepada perantis melainkan syarikat/ agensi ada menyediakan penginapan.
Sekiranya dalam tempoh penempatan, saya ditawarkan pekerjaan lain. Bolehkah saya berhenti daripada program ini?
Sekiranya perantis mendapat tawaran bekerja di syarikat/organisasi lain, perantis hendaklah memaklumkan dan berbincang dengan syarikat/organisasi yang telah ditempatkan di bawah SPN ini.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi atau rujuk ke :
📍Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN)
Kementerian Belia dan Sukan
Aras 11, Menara KBS
No 27 Persiaran Perdana
Presint 4, 62570 Putrajaya
☎️03-8871 3265
☎️03-8871 3273
📧[email protected]
📧[email protected]
📧[email protected]