Cara Mohon Program MyGIG


Apa Itu MyGIG?

Program MyGIG ini adalah bertujuan untuk meningkatkan jumlah belia yang terlibat dalam ekonomi gig sebagai pekerjaan menjana pendapatan sama ada secara sambilan atau sekaligus membantu belia yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Melalui program MyGIG ini juga ia dapat membantu untuk mencipta peluang pekerjaan dan kemudian membantu belia menjana pendapatan dan meransang peningkatan ekonomi negara. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci tentang Program MyGIG dan cara untuk memohon :

Jenis Program Di Bawah MyGIG 

Terdaoat dua program utama di bawah MyGIG ini iaitu myGIG Servis dan myGIG Digital Freelance. Kedua-dua program tersebut mempunyai peranan yang tersendiri iaitu :

💡myGIG Servis

💻Program ini merupakan program yang baharu dimana menyediakan sokongan kepada golongan belia khususnya golongan belia yang terkesan akibat wabak Covid-19 dan membuka peluang pendapatan secara digital melalui Ekonomi Gig atau Ekonomi Perkongsian menerusi platfrom eRezeki yang dikendalikan oleh pihak MDEC.

💻Program ini akan menfokuskan kepada belia yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan dengan melakukan kerja-kerja atau tugasan penghantar makanan dan barangan, menjalankan tinjauan, kru acara, juruteknik dan lain-lain lagi

💡myGIG Digital Freelance

🌐Program ini merupakan program yang bertujuan untuk mengurangkan beban belia Malaysia terutama kepada belia yang terjejas pendapatannya ataupun belia yang menganggur akibat wabak COVID-19 yang sedang melanda negara dengan memperkenalkan peluang pekerjaan baharu secara digital sebagai pekerja bebas digital (digital freelance) menerusi platform Global Online Workforce (GLOW) yang dikendalikan oleh pihak MDEC

🌐Program ini menfokuskan kepada belia yang mempunyai kemahiran khusus seperti web designing, content creator, content writer, editor dan pereka grafik di mana mereka akan dilatih di bawah program GLOW kendalian MDEC untuk menjadi pekerja bebas digital (digital freelancer) di atas platform-platform antarabangsa

Cara Mohon myGIG Service

Bagi anda yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan  dengan membuat permohonan dan mendaftar dibawah myGIG service ini anda boleh ikuti cara di bawah :

✅Tiada kelayakan akademik tertentu diperlukan

✅Anda boleh membuat pendaftaran di laman web https://erezeki.my/register/refer=kbs

✅Sebelum peserta memohon tugasan, peserta yang telah mendaftar perlu menjalani latihan secara online  menerusi beberapa video ringkas di dalam sistem eRezeki

✅Maklumat lebih lanjut tentang myGIG service, anda boleh rujuk disini (rujukan)

Cara Mohon myGIG Digital Freelance

Bagi anda yang berminat untuk menjana pendapatan secara digital atau pekerja bebeas digital, anda boleh buat permohonan dan mendaftar di bawah myGIG Digital Freelance ini. Ikuti cara di bawah untuk membuat permohonan dan pendaftaran :

☑️Anda boleh membuat pendaftaran dan menyertai melalui platform GLOW https://globalonlineworkforce.typeform.com/to/nzqHAc  atau

☑️Layari ke laman web eBelia

☑️Klik pada butan ‘Info’ > Klik pada ‘Peluang Pekerjaan’

☑️Kemudian, dapatkan maklumat lanjut berkaitan program myGIG Digital Freelance termasuk pautan khusus ke pendaftaran di platform GLOW

☑️Untuk maklumat lebih lanjut tentang myGiG Digital Freelance, anda boleh rujuk disini (rujukan)


Semoga perkongsian di atas tentang myGIG service dan myGIG Digital Freelance ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk menjana pendapatan tambahan dan peluang pekerjaan kerana terkesan oleh wabak Covid-19 yang melanda negara kita. Melalui myGIG ini ia dapat membangunkan ekonomi negara dan mengurangkan kes pengangguran di negara kita.

Penafian – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Cara Mohon Program MyGIG” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia