Perumahan Rakyat Termiskin PPRT Tahun 2022 Untuk Semua Rakyat Malaysia – Cara Daftar dan Syarat Kelayakan


Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan bagi meringankan beban rakyat yang amat memerlukan. Bagi mereka yang telepas pandang, Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun melancarkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali dengan nama PPRT. Program ini lebih memfokuskan kepada mereka dalam kelompok B40 yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.


APA ITU PPRT

Tujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.


GOLONGAN LAYAK PPRT

Permohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut:

  • Orang Kelaina Upaya – OKU
  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil
  • Warga Emas
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai
  • Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.

KATEGORI-KATEGORI PPRT

Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :

1) Baik Pulih

a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting

  • Penambah baikan
  • Penyelenggaraan
  • Requisition

b) Syarat program bantuan baik pulih rumah

  • Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.
  • Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.

2) Bina Baru


Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.


CARA MOHON PPRT 2022 – SECARA ONLINE

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :

  • Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
  • Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
  • Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
  • Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :

Talian Khas : 03 8000 8000
E-mel : [email protected]

Penafian – Semua artikel portalamalaysia share diatas hanyalah panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Perumahan Rakyat Termiskin PPRT Tahun 2022 Untuk Semua Rakyat Malaysia – Cara Daftar dan Syarat Kelayakan” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



APDM
EOperasi KPM Login
ESPKWS KPM Login
mybsn
Semakan KWSP 2.0
BKM 2022
SPLKPM
PTPTN Login 2022
Penyata Gaji
SPA9
Cara Mandi Wajib
Doa Dhuha
MySalam
KWSP 2.0 10k
upu online