Aplikasi Untuk Permit Umrah Oleh Kerajaan Arab Saudi


Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi telah melancarkan aplikasi Eatmarna & Tawakkalna untuk permohonan permit umrah kepada rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah. Permohonan telah dibuka mulai 6 Mac lagi.

Aplikasi ini juga memudahkan pelbagai urusan lain seperti pendaftaran hotel, kemasukan ke pelbagai permis perniagaan dan sebagainya umpama aplikasi Mysejahtera yang kita gunakan di Malaysia.

Baca juga:

Cara penggunaan:

Berikut merupakan cara-cara penggunaan:

Langkah 1: Muat turun aplikasi Tawakkalna di aplikasi:

Langkah 2: Daftar akaun anda.

Langkah 3: Pilih akauan Visitor dan masukkan butiran diri.

Langkah 4: Barcode status vaksin anda akan dipaparkan dan perlu ditunjukkan sekiranya diminta oleh pemilik permis.

Permohonan Permit:

Berikut antara yang boleh dibuat melalui aplikasi Eatmarna adalah:

  1. Permohonan Permit Tunaikan Umrah.
  2. Permohonan Permit Solat Fardhu di Masjidil Haram.
  3. Permohonan Permit Ziarah Raudhah.
  4. Permohonan Permit Ziarah Makam Rasulullah.
  5. Permohonan Permit Mencium dan memegang Hajarul Aswad.
  6. Permohonan Permit Solat di Hijr Ismail.

Cara mohon Permit:

Berikut adalah cara mohon permit:

Langkah 1: Muat turun aplikasi Eatmarna:

Langkah 2: Daftar akaun baru dengan melengkapkan butiran diri.

Langkah 3: Lengkapkan pendaftaran dengan memasukkan kata laluan yang dihantar.

Langkah 4: Pilih permit yang ingin dimohon.

Langkah 5: Lengkapkan maklumat peribadi.

Langkah 6: Pilih tarikh permit yang ingin dimohon.

Langkah 7: Pilih slot masa permit yang ingin dimohon.

Langkah 8: Pilih pusat pengangkutan.

Langkah 9: Semak butiran dan lakukan pengesahan.

Langkah 10: Setelah permohonan selesai, anda akan menerima mesej yang mengatakan permohonan permit anda telah berjaya.


Langkah 11: Sekiranya anda ingin menukar tarikh permohonan, anda dikehendaki membatalkan permohonan lama anda terlebih dahulu.

Penafian – Bahan yang kami share diatas hanyalah panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Aplikasi Untuk Permit Umrah Oleh Kerajaan Arab Saudi” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia