Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Bayar Ansuran Bulanan Rumah


Adakah anda tahu mengenai pengeluaran KWSP Untuk Bayaran Ansuran Bulanan Rumah?

Semalam baru dapat SMS permohonan pengeluaran KWSP akaun 2 untuk pengeluaran ansuran rumah berjaya. Kena pergi cawangan KWSP untuk pengesahan biometrik.

Sekejap sahaja dalam 5 minit sudah selesai. Sebelum pergi tu kena mohon online untuk isi borang pengeluaran dalam i-akaun KWSP.

Nanti bila sudah lulus anda akan dapat SMS untuk datang ke cawangan KWSP untuk pengesahan biometrik.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

3 jenis pengeluaran perumahan di KWSP

PERTAMA

Pengeluaran deposit rumah pertama. (Boleh baca di post ni)
https://www.facebook.com/mus.apandi/posts/10217806654100150 

KEDUA

Pengeluaran ansuran rumah setiap bulan. (Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan)

KETIGA

Pengeluaran bayaran prinsipal pinjaman / pokok pinjaman. (Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan)

Baca juga: Hanya 5 Langkah Mudah Bayar Hutang PTPTN Melaui KWSP

  1. Pilih buat Pengeluaran ansuran rumah setiap bulan.
  2. Jadi setiap bulan KWSP akan masukkan duit ke dalam akaun saya. So nanti saya akan guna duit tu untuk bayar loan rumah.
  3. Boleh pilih pengeluaran untuk seberapa lama yang kita nak. Bergantung juga kepada amaun dalam akaun 2 KWSP.
  4. Sebelum isi borang tu better stanby Letter Offer (LO) Loan Rumah sebab ada beberapa details dalam LO yang kena isi dalam borang.
  5. Contohnya tarikh loan lulus, jumlah pinjaman, nombor akaun pinjaman, amaun ansuran bulanan loan rumah.
  6. Amaun yang dipohon perlu sama dengan bayaran yang dibayar ke bank. Tak boleh lebih walau sesen pun nanti permohonan akan ditolak. Kalau mohon rendah takde masalah.
  7. Contoh kena bayar ke bank 1k/month. Kena apply pengeluaran maksimum 1k/month juga. Kalau lebih 1100/month nanti tak lulus. Tapi kalau nak mohon 500/month boleh je sebab rendah dari bayaran loan.

Maklumat lanjut

Ingin tahu lebih lanjut tentang pengeluaran KWSP untuk bayaran bulanan rumah? Anda boleh rujuk di pautan dibawah :


https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/housing-loan-monthly-installment 

Penafian – Semua artikel portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Bayar Ansuran Bulanan Rumah” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia