Cara Mohon Pengambilan TLDM 2020


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah berperanan bagi menentukan keselamatan di kawasan pantai dan perairan wilayah dan keselamatan kepentingan strategik nasional seperti laluan laut Selat Melaka dan laluan antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung.

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan pengambilan perajurit tentera laut, anda boleh baca perkongsian di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci dan cara untuk membuat permohonan :

Syarat Kelayakan

Bagi anda yang berminat  untuk berkhidmat sebagai anggota tentera dan ingin membuat permohonan Tentera Laut Diraja Malaysia ini, anda perlu menepati syarat kelayakan seperti di bawah :

  • Semua calon lelaki dan wanita berwarganegara Malaysia
  • Umur 18 hingga tidak melebihi 25 thaun pada tarikh 1 Mac 2021
  • Skim SPM dan SVM – Lelaki dan Wanita
  • Skim Diploma Kejuruteraan  – Lelaki sahaja
  • Taraf Perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin)
  • Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana

Kelayakan Akademik

Untuk menjadi anggota tentera juga memerlukan kelayakan akademik tertentu untuk membuat permohonan ini, di bawah ialah kelayakan akademik bagi lepasan SPM/SVM dan lepasan Diploma Kejuruteraan :

Kelayakan Akademik Bagi Lepasan SPM/SVM

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah. Keeutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam subjek berikut :
    a) Bahasa Inggeris
    b) Matematik
    c) Sains
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu

Kelayakan Akademik Bagi Lepasan Diploma Kejuruteraan

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu
  • Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
  • Diploma yang diiktiraf oleh Malaysia Qualification Agency (MQA) seperti berikut :
    a) Diploma in Engineering
    b) Diloma in Electrical Engineering
    c) Diploma in Electronics Engineering
    d) Diploma in Electrical and Electronic Engineering
    e) Diploma in Marine Engineering
    f) Diploma in Mechanical Engineering
    g) Diploma in Mechatronic Engineering
    h) Diploma in Manufacturing Engineering
    i) Diploma Engineering in Aircraft Maintenance
    j) Advanced Diploma in Engineering

Kelayakan Kokurikulum

Melalui aktivi kokurikulum yang anda pernah sertai juga memainkan peranan untuk kelayakan menjadi anggota tentera bagi TLDM ini kerana ia boleh menjadi ukuran kebolehan fizikal anda. Di bawah ialah kelayakan kokurikulum yang diperlukan :

  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki sijil kokurilum, kecermelangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang.
  • Keutamaan juga akan diberikan kepada atlet yang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.

Kesihatan Pemohon

Dibawah ialah pengiraan dan taraf kesihatan yang diperlukan untuk menjadi anggota tentera TLDM ini :

  • Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan
  • Penglihatan mestilah jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna
  • Syarat minum ukuran fizikal :
    Tinggi (min)
    Lelaki : 1.62 meter
    Wanita : 1.60 meter
    Berat (min)
    Lelaki : 47.5 kg
    Wanita : 46.5 kg
    BMI 
    Lelaki : 18.0 – 25.0
    Wanita : 18:0 – 23.0
    Beza Ukuran Dada Pernafasan 
    Lelaki : 5cm
    Wanita : 4cm

Gaji TLDM Dan Lain-lain Elaun/Keistimewaan

  • Gaji Permulaan
    Latihan Parajurit Muda (6 bulan) : RM 1,774.00
    Diperjawatkan (kelulusan)
    SPM/SVM : RM 1,979.00
    Diploma Kejuruteran (Tugas Khusus) : RM 2,341.07
    *Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM (RM200)
  • Kenaikan Tahunan – Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat
  • Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) – Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah/ Sarawak/ Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas dan Tuntutan Cuti Tahun
  • Keistimewaan yang akan diperolehi ialah rawatan perubatan dan pergigian, pakaian seragam, waren perjalanan tahunan, sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang. caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera, peluang melanjutkan pelajaran melalui Skim Pengajian Tinggi secara percuma dan pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

Cara Mohon TLDM 2020 

Untuk membuat permohonan pengambilan TLDM 2020 ini, anda boleh imbas kod QR di bawah :

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh rujuk atau hubungi ke :

Markas Tentera Laut,
Cawangan Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur

Emel : [email protected]


Tel : 019-2104163

Disclaimers – Semua artikel admin share diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Cara Mohon Pengambilan TLDM 2020” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia