Iyres Community Enumerator (ICE) merupakan kumpulan belia yang bertindak sebagai Crew ICE yang membantu menjalankan aktiviti penyelidikan secara empirikal di pelbagai peringkat. Iyres juga menjalankan jalinan kerjasama strategik dengan para belia di seluruh Malaysia melibatkan belia di peringkat akar umbi yang dikenali secara ICE.
Ia merupakan platform terbaik menyuburkan budaya penyelidikan khususnya berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik pembangunan belia. Tujuan Ice ini adalah untuk mengumpulkan data-data kumpulan sasar atau subjek kajian melibatkan kawasan di seluruh Malaysia serta membudayakan penyelidikan dalam kalangan beli Malaysia.
Baca perkongsian di bawah tentang cara mohon Iyres Community Enumerator (ICE) :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Jenis-jenis ICE
Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga jenis kumpula di bawah ICE ini iaitu Enumerator, Pengekod Data dan Transcriber. Dibawah ialah penerangan 3 jenis kumpulan tersebut :
🔍Enumerator
Ia merupakan individu yang dilantik oleh pengurusan IYRES sebagai petugas untuk menjalankan aktiviti pengumpulan data semasa kerja lapangan kajian mengikut masa yang telah ditetapkan.
🔍Pengekod Data
Ia merupakan individu yang dilantik oleh IYRES yang menjalankan aktiviti pengekod data (data entry) daripada dokumen/instrumen kepada sesuatu sistem atau perisian yang telah ditetapkan.
🔍Transcriber
Ia merupakan individu yang dilantik oleh IYRES bagi menjalankan aktiviti transkripsi atau proses penyalinan data penyelidikan daripada bahan rakaman semasa melaksanakan proses pungutan data di kajian lapangan.
Syarat Kelayakan
Berikut ialah syarat kelyakan yang perlu ada untuk layak membuat permohonan ICE :
✅Yang boleh mendaftar sebagai ICE ialah warganegara yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun dan berminat dalam aktiviti penyelidikan
Faedah Yang Diperolehi
Jika anda sertai IYRES Community Enumerator (ICE) ini, anda akan memperolehi beberapa faedah manfaat melalui program ini iaitu :
📈Anda akan mendapat pendedahan mengenai penyelidikan sosial
📈Ia juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan komuniti setempat
📈Mencipta peluang pekerjaan kepada golongan belia
📈Membentuk potensi diri sebagai pelapis penyelidik berkarisma serta holistik dalam pelbagai aspek
Cara Mohon
Bagi anda yang telah memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk membuat permohonan IYRES Community Enumerator (ICE) ini, anda boleh ikuti cara dibawah untuk mendaftar :
💻Pendaftaran adalah percuma
💻Layari ke laman web http://ebelia.iyres.gov.my/register
💻Klik Daftar untuk pendaftaran akaun bahari
💻Klik Log Masuk bagi yang telah mendaftar dan pengemaskinian maklumat
Maklumat Lanjut
Kewujudan enumerator Komuniti ini bukan sahaja membantu dalam proses membudayakan penyelidikan dalam kalangan enumerator, malah ia memberi manfaat kepada pegawai diperingkat negeri dan daerah sebagai “penggerak” bagi membantu melaksanakan program-program yangt berkaitan di peringkat komuniti setempat.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi ke talian :
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia,
Kementerian Belia dan Sukan
☎️+603-8871 3344/3389