Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Cara Mohon Geran Padanan Pendigitalan BSN Untuk PKS

by portalmalaysia
November 3, 2020
in Permohonan
A A

Kementerian Kewangan Malaysia telah membuat satu inisiatif iaitu menyediakan Geran Padanan Pendigitalan BSN untuk PKS.

Inisiatif pendigitalan PKS ini adalah bertujuan bagi membantu Perusahaan Kecik dan Sederhana untuk mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian seperti menawarkan bantuan kepada peniaga mempromosikan perniagaan mereka melalui laman web atau peralatan digital bagi memudahkan operasi perniagaan.

Bagi setiap syarikat PKS yang layak bagi langganan perkhidmatan pendigitalan, penyediaan geran padanan berjumlah 50% sehingga RM 5,000 akan diberikan oleh Kerajaan untuk meningkatkan daya persaingan dan produktivit perniagaan.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Jom ketahui lebih lanjut tentang Geran padanan Pendigitalan PKS melalui perkongsian di bawah :

Cara Mohon Geran Padanan Pendigitalan BSN Untuk PKS 1

Senarai Kandungan

  • Butiran Geran Insentif Padanan Pendigitalan PKS
  • Jenis Perkhidmatan Yang Akan Dibuat Selepas Dapat Geran
  • Syarat Permohonan
  • Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mohon
  • Cara Mohon
  • Hantar Emel Ke Senarai Emel Berikut 

Butiran Geran Insentif Padanan Pendigitalan PKS


Berikut ialah butiran dan kelebihan Geran Insentif Padanan Pendigitalan PKS yang boleh kita rujuk :

📜Satu permohonan sahaja yang dihadkan untuk geran padanan ini bagi setiap PKS. Tetapi PKS juga dibenarkan untuk memohon sehingga tiga jenis perkidmatan pendigitalan dengan satu atau lebih pembekal perkhidmatan pendigitalan yang berdaftar dengan MDEC (“Pembekal Perkhidmatan”)

Lihat Juga  Kad Peduli Sihat 2020 | Permohonan Bantuan & Rawatan Percuma

📜Ketersediaan juga diberikan kepada pemohon dimana geran ini dibekalkan oleh Kerajaan untuk lima tahun bermula 17 Februari 2020 atau apabila mencapai 100,000 permohonan, yang mana terdahulu.

📜Tiada yuran dikenakan

Jenis Perkhidmatan Yang Akan Dibuat Selepas Dapat Geran


Untuk makluman anda Kementerian Kewangan Malaysia memperuntuk jumlah dana bagi PKS yang layak adalah 50% daripada jumlah yang diinvois satau sehingga RM5,000 bagi melaksanakan proses pendigitalan dan lain-lain perkhidmatan. Oleh itu, terdapat tujuh jenis perkhidmatan pendigitalan yang boleh dipilah selepas anda mendapat geran.  Perkhidmatan pendigitalan yang akan diberikan adalah seperti di bawah :

☑️Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)

☑️Ssistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Customer Relationship Management (CRM)

☑️Pemasaran Digital / Jualan

☑️Perolehan

☑️Enterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan & Cukai

☑️Kerja Jarak Jauh (Remote Working)

☑️E-Dagang

Cara Mohon Geran Padanan Pendigitalan BSN Untuk PKS 2

Syarat Permohonan


Bagi anda yang ingin membuat permohonan  Inisiatif Pendigitalan PKS ini, dibawah ialah syarat kelayakan yang perlu anda penuhi untuk mendapatkan Geran tersebut :

✅Syarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia

✅Syarikat metilah berdaftar dibawah Akta yang relevan di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai PKS

✅Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun

Lihat Juga  Rumah Mesra Rakyat RMR 2022 | Download Borang & Mohon Online

✅Bagi syarikat yang beroperasi selama satu tahun, PKS perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM 100,000.00 untuk tahun tersebut

✅Bagi syarikat yang telah beroperasi melebihi dua tahun, syarikat perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum RM50,000.00 untuk dua tahun terkini secara berturut (jualan tahunan)

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mohon


Bagi yang ingin membuat permohonan Pendigitalan PKS ini, anda perlu lampirkan dan sertakan dokumen-dokumen sokongan seperti di bawah :

📁Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal dan Pengarah
Syarikat dan/atau Rakan Kongsi, yang mana berkenaan

📁Salinan lesen pendaftaran syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
(Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A) atau lain-lain borang
seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016)

📁Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan

📁Penyata bank syarikat untuk dua (2) bulan terkini

📁Profil syarikat. (jika ada)

📁Invois / resit Pembayaran dan persetujuan perkhidmatan bagi
perkhidmatan pendigitalan yang dipilih yang disenaraikan MDEC

Cara Mohon


Untuk membuat permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS melalui BSN ini, anda boleh ikuti cara permohonan di bawah :

📝PKS boleh melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana-mana perkhidmatan pendigitalan yang disedikan. Maksimum ialah 3 servis

Lihat Juga  KTMB Online - Cara Daftar & Login eTicket (Tutorial)

📝PKS hendaklah melengkapkan borang permohonan dan berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan. Untuk mendapatkan borang online, and boleh muat turun melalui laman web myBSN (muat turun borang)

📝Hanya PKS sahaja dibenarkan untuk melengkapkan dan kemukan borang permohonan berserta dokumen sokongan kepada mana-mana cawangan bank ataupun melalui emel rasmi syarikat. Tidak dibenarkan jika ada perlantikan mana-mana pihak ketiga bagi tujuan pengumpulan dan penghantaran borang permohonan yang dibuat kepada pihak Bank

📝Setelah permohonan PKS diluluskan, ia bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak Bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara Bank

📝Lihat Senarai Panel

Hantar Emel Ke Senarai Emel Berikut 


Di bawah ialah senarai emel mengikut negeri bagi tujuan penghantaran borang permohonan geran padanan ini

📧Johor – [email protected]

📧Kedah – [email protected]

📧Kelantan – [email protected]

📧Melaka – [email protected]

📧Negeri Sembilan – [email protected]

📧Pahang – [email protected]

📧Perak – [email protected]

📧Pulau Pinang – [email protected]

📧Sabah – [email protected]

📧Sarawak – [email protected]

📧Selangor – [email protected]

📧Terengganu – [email protected]

📧W.P Kuala Lumpur  – [email protected]

📧Micro HQ – [email protected]

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan inisiatif ini, anda boleh rujuk atau hubungi ke :

BSN (Bank Simpanan Nasional)
☎️1-300-88-1900

Source: Inisiatif Pendigitalan PKS

Menu Utama

  • Bantuan
  • KPM
  • KWSP
  • Portal Rasmi
  • Jawatan Kosong Kerajaan 2023
  • Islam
  • Gosip Artis Malaysia
  • Hardwarezone
  • Techcentral
  • Isu Semasa
  • Resepi
  • Bola Sepak
  • Tempat Menarik
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 22shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 22shares
  • 16
  • 3
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×