Untuk pengetahuan anda Direct Debit merupakan kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit SSPN-i dimana peminjam/ pendeposit memberi kebenaran kepada PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/Akaun Semasa mereka.
Melalui Direct Debit ini ia dapat menggalakkan peminjam untuk membuat bayaran balik pinjaman dengan mudah dan cepat. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat lebih lagi tentang Direct Debit ini :
Cara Mohon Direct Debit Bayar PTPTN
🛎Mulai 19 April 2017, kaedah sedia ada yang menggunakan borang untuk membuat permohonan telah digantikan dan ditambahbaik dengan menggunakan kaedah online. Melalui kaedah ini, pemegang akaun boleh membuat bayaran melalui Internet Banking yang menggunakan platfrom FPX.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bagi anda yang ingin membuat permohonan Direct Debit ini untuk membuat byaran semula pinjaman anda, anda boleh ikuticara dibawah untuk membuat permohonan :
0️⃣1️⃣Klik masuk Portal Rasmi PTPTN : https://www.ptptn.gov.my/
0️⃣2️⃣Klik masuk ke “Bayaran Balik” untuk langka seterusnya
0️⃣3️⃣Klik pada ikon Permohonan Direct Debit untuk mohon potongan Direct Debit secara online.
a) Permohonan Direct Debit Pinjaman
✏️Klik Mohon Direct Debit Pinjaman
✏️Masukkan No Kad Pengenalan > Klik link Penyata Pinjaman yang dipaparkan (terdapat dua penyata kira-kira) Penyata Kira-Kira Pinjaman Ujrah
✏️Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
✏️Masukkan Kata Laluan. Klik TERLUPA KATA LALUAN untuk mendapatkan Kata Laluan baharu. Kata Laluan baharu akan dihantar ke alamat emel yang wujud di dalam sistem PTPTN.
✏️Sila kemaskini alamat emel baru di Portal PTPTN sekiranya emel tersebut tidak aktif dan ulangi langkah diatas
✏️Setelah login ke penyata kira-kira berjaya, klik Penyata Baki
✏️Klik Permohonan Direct Debit Penyata Kira-Kira Pinjaman Konvensional
✏️Masukkan Nombor Kad Pengenalan
✏️Masukkan No Pinjaman. Sila hubungi Khidmat Pelanggan PTPTN untuk mendapatkan Nombor Pinjaman 03 – 2193 3000
✏️Setelah login ke penyata kira-kira berjaya
✏️Klik (Permohonan Direct Debit) Permohonan Direct Debit SSPN-i
✏️Klik Mohon Direct Debit Deposit SSPN
✏️Masukkan No Kad Pengenalan Pendeposit
✏️Klik Semakan Penyata SSPN-i
✏️Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pendeposit
✏️Masukkan Kata Laluan untuk langkah seterusnya
0️⃣4️⃣Klik “Terlupa Kata Laluan” untuk mendapatkan Kata Laluan yang baru pada alamat emel yang dimasukkan
✏️Setelah login ke penyata simpanan berjaya, klik Pendaftaran Direct Debit
📌Untuk rujukan lanjut anda boleh rujuk manual Direct Debit PTPTN disini
Senarai Bank Yang Buat Direct Debit PTPTN
Terdapat pelbagai jenis bank yang anda boleh membuat Direct Debit PTPTN ini, anda boleh memilih bank yang anda mahukan ataupun sudah mempunyai akaun bank tersebut jadi ia lebih mudah untuk anda memohon Direct Debit PTPTN ini.
Berikut adalah senarai Bank yang mempunyai Direct Debit PTPTN, antaranya Maybank, MyBSN & banyak lagi :
Syarat Untuk Buat Permohonan
Bagi anda yang ingin membuat permohonan Direct Debit PTPTN ini, di bawah ialah syarat-syarat yang perlu ada untuk membuat permohonan :
✅Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.
✅Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansuran bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan, amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.
✅Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan Direct Debit mestilah berstatus Aktif.
Soalan Lazim
Bilakah pengemaskinian pada penyata peminjam dibuat selepas transaksi potongan Direct Debit berjaya dilakukan?
Penyata akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja selepas potongan Direct Debit berjaya dilakukan.
Bagaimanakah sekiranya peminjam ingin membatalkan Direct Debit?
Pembatalan secara automatik akan dibuat sekiranya baki hutang keseluruhan pinjaman telah diselesaikan. Pembatalan di atas sebab-sebab lain adalah tertakluk persetujuan pihak PTPTN.
Bolehkah Direct Debit menggunakan Kad Kredit untuk bayaran balik pinjaman PTPTN/ deposit SSPN-i?
Tidak boleh. Direct Debit untuk bayaran balik PTPTN/ deposit SSPN-i adalah menggunakan Akaun Simpanan/ Akaun Semasa sahaja.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk membayar balik pinjaman PTPTN dengan menggunakan Direct Debit ini. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh rujuk atau hubungi ke :
📍Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
☎️ 03 – 2193 3000
📠 03 – 2193 1263