Home » KWSP » Cara Mohon Daftar Haji Tanpa Deposit Melalui KWSP

Cara Mohon Daftar Haji Tanpa Deposit Melalui KWSP

Berita baik terutama golongan muda , kini anda boleh mengambil peluang untuk mendaftar Haji dengan hanya melalui KWSP anda tanpa dikenakan sebarang bayaran deposit.

Jika anda masih belum mendaftar, anda sangat digalakkan untuk mendaftar Haji, melalui KWSP walaupun anda masih belum mempunyai RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji anda.

Syarat-syarat Daftar Haji Melalui KWSP

Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Beragama Islam sahaja
  • Sudah mempunyai akaun Tabung Haji
  • Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300
  • Belum mencapai umur 55 tahun.

Cara Daftar Haji Melalui KWSP

Untuk makluman anda, melalui skim pemdaftaran Haji daripada ahli KWSP, Pendeposit Tabung Haji secara percuma dengan mengikuti langkah mudah seperti dibawah ini.

1. Print Penyata KWSP

Mula-mula kita perlu ada penyata KWSP.

Untuk dapatkan penyata KWSP ni kita boleh pergi ke mana-mana kiosk KWSP atau print terus secara online melalui i-Akaun KWSP.

2. Daftar Haji Di Tabung Haji

Kemudian, boleh ke mana-mana cawangan Tabung Haji dan tekan butang ‘Daftar Haji’ ketika mengambil nombor.

Pendaftaran haji juga boleh dilakukan di :

  1. Kaunter Mudah Alih TH
  2. Rakan Strategik TH (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic & CIMB Islamic)
  3. Laman web THiJARI
  4. Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919

3. Dokumen Yang Diperlukan

Anda perlu mengemukakan dokumen berikut semasa membuat pendaftaran haji.

  1. Kad pengenalan
  2. Penyata ahli KWSP

4. Pengesahan

Selepas tandatangan dan cop jari, anda akan diberi tahun giliran Haji.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Urusan pendaftaran Haji anda telah selesai.

NOTA:

Kemudahan ini juga tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP. Ini bermaksud, tiada pengurangan wang dalam mana-mana akaun KWSP jika kita daftar Haji melalui KWSP.

Bagaimana Kalau Telah Mendaftar Haji?

Untuk pengetahuan anda yang merupakan ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran Haji dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP masing-masing.

Anda jangan risau kerana tahun pilihan atau peruntukan haji yang telah ditetapkan akan diteruskan untuk dikekalkan walaupun telah ditukar kepada skim pendaftaran Haji KWSP.

Melalui skim pendaftaran Haji KWSP ini juga, wang pendaftaran Haji RM1,300 sebelum ini akan dicairkan. Bermaksud, pendaftaran Haji dan giliran Haji tidak akan terbatal walaupun kita tidak mempunyai jumlah minimum iaitu RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji melalui caruman KWSP, boleh rujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.

Official : Lembaga Tabung Haji

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Cara Mohon Daftar Haji Tanpa Deposit Melalui KWSP” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!