Home » Bantuan » Cara Mohon Bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang MAINPP

Cara Mohon Bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang MAINPP

Untuk makluman, matlamat program ini adalah untuk membantu usahawan di Pulau Pinang yang memiliki produk sendiri untuk kembali bersaing yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan ini bertemakan “Usahawan Pulau Pinang Bangkit Kembali” untuk membantu merancakkan ekonomi dan memberi semangat baru kepada usahawan agar perniagaan yang dijalankan dapat diteruskan dengan lebih baik.

Permohonan untuk bantuan ini telah dibuka mulai 6 Disember hingga 12 Disember 2021.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Syarat Kelayakan

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

  1. Perniagaan dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya.
  2. Perniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  3. Bantuan ini tidak termasuk kepada penjaja kecil/tepi jalan, pasar malam/pasar tani yang telah dibuka permohonan sebelum ini.
  4. Perniagaan mestilah mempunyai premis/kedai/bengkel dan memiliki produk sendiri serta perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa.
  5. Belum menerima apa-apa jenis bantuan perniagaan Zakat Pulau Pinang pada tahun 2021.
  6. Bersedia untuk mendapat bimbingan dan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Zakat Pulau Pinang.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan di alamat berikut:

Zakat Pulau Pinang, MAINPP,
No.4 Jalan Perda Selatan,
Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Usahawan Asnaf Zakat P. Pinang, sila hubungi Bahagian Keusahawanan Zakat Pulau Pinang di talian 011-2872 4558 atau melayari laman web https://www.zakatpenang.com/.

Disclaimers – Bahan yang kami share dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Cara Mohon Bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang MAINPP” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!