Untuk pengetahuan anda Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin) telah disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai inisiatif untuk meringankan beban dan memberi bantuan kepada golongan asnaf yang mempunyai tanggungan hutang untuk bagi memenuhi keperluan asasi seperti makanan, kesihatan dan perlindungan.
Baca perkongsian dibawah tentang info tersebut dan cara untuk membuat permohonan :
Syarat Kelayakkan Bantuan Menyelesaikan Hutang
Untuk membuat permohonan bantuan Menyelesaikan Hutang dari MAIWP (Al-Gharimin) ini, pastikan anda memenuhi syarat-syarat dibawah :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
✅Pemohon haruslah beragama Islam
✅Waganegara Malaysia
✅Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
✅Tertakluk kepada pengiraan Had Al-Kifayah
✅Anda boleh kira kelayakan dan pengiraan Had al-Kifayah di sini
Cara Buat Permohonan & Dokumen Diperlukan
Dibawah saya komgsikan cara membuat permohonan dan senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan :
🗂Muat turun dan lengkapkan borang permohonan (Borang Permohonan)
🗂Satu keping gambar pemohon bewarna yang berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
🗂Satu salinan kad pengenalan :
➠Pemohon
➠Suami
➠Isteri
➠Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja ). Surat pengangkatan Jabatan pendaftaran Negara atau akaun sumpah penjagaan perlu disertakan sekali bagi anak angkat. Contoh surat akuan sumpah penjagaan :
🗂Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Anda perlu kemukakn suarat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah bagi yang tiada slip gaji. Contoh surat akaun sumpah pendapatan :
*Pemohon di Labuan yang tiada slip gaji anda perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri dan disahkan oleh ketua kampung.
📃Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini
📃Satu salinan bil elektrik/cukai pintu rumah yang anda duduki
📃Surat akaun sumpah/bil/resit/notis tuntutan ASAL daripada pemiutang
Dibawah adalah senarai dokumen yang lain berkaitan dengan permohonan :
📌Bagi keluarga bercerai : satu salinan surat perakuan cerai /prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga yang bercerai
📌Bagi ahli keluarga telah meninggal dunia : satu salinan kematian ibu / bapa / suami /isteri diperlukan
📌Bagi saudara baru : satu salinan kad memeluk Islam diperlukan
📌Bagi orang Kelainan Upaya : Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) diperlukan
📌Bagi pengidap sakit kronik : Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja diperlukan
📌Bagi yang sedang mengikuti pengajian di IPT : satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar diperluakan
📌Bagi keluarga bermasalah : satu sainan laporan polis / surat penjara diperlukan
📌Bagi yang muflis : satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikah Insolvensi diperlukan
Senarai Kaunter Permohonan MAIWP
Selepas anda telah melengkapkan borang permohonan serta dokumen yang diperlukan. Anda boleh menghantar borang permohonan di kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP. Senarai Kaunter :
📍PAZA Cawangan Parlimen Putrajaya
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
No. Tel : 03 – 8871 5000
📍PAZA Cawangan Parlimen Batu
838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 , Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03 – 6259 6906
📍PAZA Cawangan Parlimen Bukit Bintang
Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 – 2070 2004 / 03 – 2070 2005
📍PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Jalan Danau Lumayan 1, 56000 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 – 9191 0116
📍PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju (Dijangka beroperasi pada Ogos 2017)
No 19, Jalan 9/23E, Taman Danau KotaOff Jalan Genting Klang53300, Kuala Lumpur
No Tel : 03-4131 0469
📍PAZA Cawangan Parlimen Titiwangsa
Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No Tel : 03 – 4251 8524
📍PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 KUALA LUMPUR
No Tel : 03 – 7772 9423
📍PAZA Cawangan Setiawangsa
No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 KUALA LUMPUR
No tel : 03 – 4142 0515
📍PAZA Cawangan Parlimen Lembah Pantai
No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur
No tel : 03 – 2202 0937
📍PAZA Cawangan Parlimen Segambut
C-0-3A, M Avenue, Jalan Segambut1-38A, Segambut Bahagia, 51200 KUALA LUMPUR
No tel : 03 – 6243 4080 / 03 – 6243 4081
📍PAZA Cawangan Labuan
Lot 2-2 Aras 2 UTC Labuan Pasar Sentral Labuan 87000 Labuan
No. Tel : 087-744 2492
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh rujuk ke :
📍Aras 10, No 150, Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia
03-4047 9444
Sumber Asal : www.maiwp.gov.my