Bantuan Lesen Memandu BLKM Bagi Tahun 2022 ~ Cara Mohon dan Syarat Kelayakan Di Sini


Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Untuk pengetahuan anda, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990an menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM dikhaskan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.


DISKAUN BAYARAN LESEN

Menerusi bantuan ini, mereka yang layak hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang dengan menghadiri kursus singkat.

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

Bayaran ini lebih murah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa berjumlah RM750 seorang.


SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Penerima bantuan ini akan melalui tapisan yang dilakukan oleh JPJ bagi memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Tiada kecacatan fizikal
  • Tidak disenarai hitam JPJ atau polis
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan.

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan lagi mengenai cara membuat permohonan bantuan ini. Sebarang info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BLKM, sila layari laman rasmi MOT di https://www.facebook.com/motmalaysia

Penafian – Semua yang admin kongsikan diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Bantuan Lesen Memandu BLKM Bagi Tahun 2022 ~ Cara Mohon dan Syarat Kelayakan Di Sini” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



APDM
EOperasi KPM Login
ESPKWS KPM Login
mybsn
Semakan KWSP 2.0
BKM 2022
SPLKPM
PTPTN Login 2022
Penyata Gaji
SPA9
Cara Mandi Wajib
Doa Dhuha
MySalam
KWSP 2.0 10k
upu online