Cara Mohon Bantuan Kerajaan RM1,000 Untuk Yang Layak


Adakah anda tahu? Ada berita baik untuk semua golongan belia kerana dalam pembentangan Bajet 2021 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan bantuan belia RM1,000 untuk mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun yang mana bantuan itu masih dibuka sehingga 2022.

Untuk makluman, mulai 1 Januari 2021, setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam kumpulan belia berumur antara 18 hingga 30 tahun layak memohon insentif RM1,000 melalui Program Perantisan.

Program Perantisan

Sehubungan itu, insentif ini memberi peluang kepada belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menambah pengalaman bekerja bagi meningkatkan kualiti kemahiran melalui on-the-job-training.

Sila ikuti semua artikel yang disediakan oleh pasukan Salam Kerjaya di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan ini.

Tujuan Bantuan

Objektif insentif & bantuan ini adalah untuk memberi peluang kepada penganggur/belia yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Juga untuk membantu belia menambah pengalaman dalam pekerjaan serta meningkatkan kualiti kemahiran kerja melalui latihan sambil bekerja.

Maklumat Bantuan RM1000

Antara insentif/bantuan yang akan diterima oleh perantis/majikan dalam program ini ialah:

  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan, yang bersyarat kepada kontrak perkhidmatan minimum, adalah selama 3 bulan juga.
  • Gaji/elaun minimum ialah RM1,200 sebulan.
  • Majikan diberi peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.
  • Pekerja juga layak mendapat elaun/insentif kesediaan bekerja

Syarat Kelayakan

Dalam program Penjana Kerjaya ini, mereka yang ingin memohon hendaklah mempunyai kriteria dan syarat berikut:

  1. Merupakan Warganegara Malaysia
  2. Lepasan sekolah/ graduan berumur antara 18 hingga 30 tahun
  3. Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  4. Belia yang telah menghadiri mana-mana Program Perantisan yang berdaftar dengan mana-mana jenis syarikat dan badan berkanun.

Maklumat Tambahan

Syarikat perlu mendaftar terlebih dahulu dan membuat kekosongan jawatan berkaitan pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.

Setiap perantis yang bekerja di bawah program ini hendaklah membuat caruman dengan PERKESO.

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan ini, majikan perlu memohon Penjana Kerjaya secara dalam talian melalui portal rasmi PERKESO di

https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Kepada belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh mendaftar sebagai pengguna dan mengisi setiap maklumat untuk memohon melalui program yang ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs – klik DI SINI

penjanakerjaya

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila rujuk di bawah:

Talian : 03-8091 5300

Hotline : 1 300 88 2000


Emel : [email protected]

Penafian – Bahan artikel kami share diatas sekadar panduan dan rujukan artikel berkaitan dengan “Cara Mohon Bantuan Kerajaan RM1,000 Untuk Yang Layak” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia