Home » Bantuan » Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak RM1000 Sebulan

Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak RM1000 Sebulan

Cara mohon bantuan kanak-kanak RM1000 sebulan ini khas untuk ibu bapa/ penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah.

Melalui Skim Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2021 ini, anda boleh mohon sehingga RM1,000 untuk satu keluarga.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Bantuan Kanak-kanak 2021

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia telah memperuntukkan sebahagian dana besar daripada kerajaan khas diberikan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan.

Bertujuan untuk membantu dan meringankan beban tanggungan serta dapat membantu memberikan jagaan yang sempurna untuk kanak-kanak di Malaysia.

Jumlah bantuan juga telah dinaikkan kepada RM1000 di mana sebelum ini hanya RM450 sahaja.

Syarat Kelayakan

Untuk mohon skim bantuan ini, anda perlu mempunyai kriteria dan syarat-syarat berikut :

  1. Warganegara & menetap di Malaysia.
  2. Pendapatan (gaji) isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  3. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah sahaja. Untuk umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika masih bersekolah menengah).
  4. Kes-kes keperluan yang boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Mohon Juga : Bantuan Orang Tua

Cara Permohonan

Jika berminat untuk mohon skim ini, sila ikuti langkah-langkah permohonan di bawah :

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  1. Pergi ke laman rasmi JKM : eBantuan JKM
  2. Tekan butang “Daftar Permohonan Atas Talian”.
  3. Isi 2 Borang iaitu Borang A & Borang B dengan lengkap dan tepat.
  4. Tekan burang “Keputusan”.

* Jika laman tersebut tidak boleh dibuka atas masalah teknikal, sila cuba lain kali.

Setelah selesai permohonan atas talian, sila pergi ke pejabat JKM berdekatan untuk tujuan verifikasi.

Sila bawa sekali dokumen-dokumen wajib seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga/ tanggungan yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU (jika ada)
  • Salinan penyata pendapatan/ slip gaji
  • Salinan surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Bil Utiliti seperti air, elektrik, telefon, astro (salah satu)
  • Laporan pegawai perubatan dari klinik kerajaan/ hospital bagi kes OKU yang tidak bekerja/ kronik/ terlantar sakit.
  • Bawa sekali dokumen sokongan yang diperlukan.

Untuk borang permohonan, sila download dan print. Bawa sekali ke pejabat JKM.

Borang Permohonan JKM (Download)

Info Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian hotline berikut :

03-8000 8000

Atau sila pergi ke pejabat JKM daerah/ negeri yang berdekatan dengan kawasan anda.

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia kongsikan diatas sekadar tutorial dan ringkasan yang related dengan “Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak RM1000 Sebulan” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!