Cara Mohon Bantuan Insentif Ibu Bersalin KWKPK (IIB) RM450


Untuk makluman anda semua, bantuan Insentif Ibu Bersalin KWKPK (IIB / BIB) RM450 bakal diteruskan pada tahun 2021 untuk ibu yang baru bersalin.

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat penuh tentang bantuan ini & cara untuk anda membuat permohonan.


Apakah Bantuan Insentif Ibu Bersalin (BIB / IIB)?

YAB Ketua Menteri Sarawak di pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah umumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula pada 1 Januari 2020.

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

Syarat Permohonan

Syarat-Syarat Kelayakan bagi Permohonan Online


  1. Warganegara Malaysia sahaja;
  2. Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K‘ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
  3. Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
  4. Usia kandungan telah pun mencapai 22 minggu dan ke atas.

Peringatan:

  1. Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula pada tahun 2020;
  2. Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin anda;
  3. Permohonan ini hanya sah dalam tempoh masa setahun (1) sahaja dari tarikh memohon;
  4. Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online ataupun manual;
  5. Bagi ibu yang memohon sebelum bersalin, sila pastikan anda hantar Nota Discaj atau Sijil Lahir Bayi kepada pihak KWKPK melalui Edit Response Google Form selepas anda bersalin.

Baca juga: Tarikh Pembukaan Sekolah Pada 1 September – KPM

Cara Permohonan (Borang Manual & Online)

Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

(i) Secara Online melalui pautan ini (http://bit.do/permohonanbib) atau
(ii) Secara manual melalui Borang Permohonan : Boleh download di bawah


Borang-Permohonan-BIB-Ver.6Download

Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:

  • Boleh muat turun di pautan http://bit.do/borangbib atau
  • Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/ Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Penghantaran Borang Permohonan Manual boleh dibuat melalui kaedah berikut:


Boleh dihantar kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Dearah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Penting: Sekiranya butiran permohonan anda TIDAK LENGKAP, dokumen TIDAK JELAS atau memohon berbanyak kali, KWKPK berhak menolak permohonan anda tanpa memberi sebarang alasan atau sebarang notifikasi.

Alamat Surat-Menyurat:


Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak

Semakan Status Insentif Ibu Bersalin (IIB)

Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, boleh hubungi pihak KWKPK melalui:
1) Tel: +6082-442050 (Beroperasi mengikut waktu pejabat); atau
2) E-mel: [email protected]

Baca juga: SPS Prihatin Wanita: Cara Mohon Caruman Untuk Usahawan Wanita RM163


Maklumat Lanjut

Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita,
Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur II (MASJA II), Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak

Facebook: iSarawakCare (https://www.facebook.com/iSarawakCare)




Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3