Cara memohon bantuan ewallet BINGKAS sebanyak RM300 sebulan bagi tahun 2023 kepada mereka yang memerlukan telah disediakan di page ini. Untuk makluman, inisiatif program Bantuan Kesejahteraan Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS telah diperkenalkan pada tahun lalu.
Atas keprihatinan kerajaan negeri, kerajaan mengumumkan pelaksanaan bantuan ewallet khas ini akan diteruskan pada tahun 2023. Melalui program BINGKAS, ia melibatkan bayaran bantuan ewallet sebanyak RM300 sebulan untuk pemohon yang layak.
BANTUAN EWALLET BINKKAS
Untuk makluman, selaku Menteri Besar Selangor, Y.A.B Dato’ Seri Amirudin bin Shari telah membuat kenyataan bahawa program BINGKAS akan diteruskan pada tahun ini. Ucapan pada mesyuarat belanjawan negeri Selangor tahun ini.
Program bantuan khas ini melibatkan peruntukan RM108 juta, dan geran ini akan diagihkan kepada kira-kira 30,000 isi rumah (keluarga) yang layak.
JUMLAH BANTUAN
Bagi pemohon yang layak, mereka akan menerima bayaran bantuan BINGKAS sebanyak RM300 dan akan diberikan setiap bulan dalam bentuk ewallet. Bantuan tersebut boleh digunakan di mana-mana pasar raya berdaftar bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian dan asas (tanpa tunai).
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut telah disediakan syarat kelayakan permohonan yang telah ditetapkan untuk bantuan BINGKAS 2023 seperti di bawah:
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
Keluarga (isi rumah) dengan tanggungan anak berumur 18 tahun ke bawah
Pemohon yang lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi tempoh yang ditetapkan (10 tahun ke atas)
Merupakan pengundi berdaftar di Selangor
Kepada penerima yang layak, jumlah bantuan edompet BINGKAS akan ditambah secara automatik setiap bulan.
CARA MENDAFTAR PERMOHONAN
Cara memohon bantuan ewallet BINGKAS. Bagi mereka yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat secara online. Sila layari pautan rasmi BINGKAS – SEMAK SINI
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
- Selain kad pengenalan (pemohon)
- Salinan kad pengenalan pasangan (suami dan isteri)
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran, mykid anak
- Salinan penyata gaji – jika ada
- Salinan sijil kematian / perceraian / laporan polis – untuk kategori ibu bapa tunggal
- Pengesahan penyata pendapatan daripada ketua masyarakat bagi pemohon yang bekerja sendiri.
- Nota: Bantuan BINGKAS ini hanya untuk anak atau keluarga Selangor yang telah menetap lebih 10 tahun di Selangor.