Cara Mohon Bantuan Elaun RM1000 Daripada PERKESO


Cara mohon Bantuan Elaun RM1000 daripada PERKESO. PERKESO ada menyediaka bantuan kewangan yang akan diberikan kepada pekerja yang berdaftar di bawah SIP Prihatin 2.0.

Program ini telah diperuntukan oleh Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017, bagi membantu mereka yang telah kehilangan pekerjaan akibat wabak pandemik yang berterusan.

Bantuan SIP

Melalui Program SIP Prihatin ini, permohonan yang lulus akan dapat Bantuan Kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh dua (2) bulan sahaja.

Manakala, elaun sebanyak RM400 secara one-off yang dinamakan sebagai Elaun Persediaan Pekerjaan (EPB) pula akan diberikan kepada pemohon sekiranya pemohon berjaya dapat pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan SIP Prihatin 2.0.

Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini

Kadar Elaun

Rujuk maklumat bergambar di bawah untuk fahaman lanjut :

kadar elaun sip 2

Syarat Kelayakan

Permohonan bagi elaun ini perlu mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah kriteria dan syarat kelayakan untuk pemohon :

  • Rakyat Malaysia yang menggangur
  • Hilang pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah SIP (Sistem Insurans Pekerjaan)
  • Berdaftar dalam portal MyFutureJobs & aktif cari kerja
  • Hadir sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam 2 bulan

Cara Permohonan Bantuan Elaun Cari Kerja

Permohonan dibuat secara atas talian/ online dengan menggunakan aplikasi Prihatin PERKESO.

Muat turun (Download) aplikasi PERKESO di :

Kemudian, daftar profil anda di Portal MyFutureJobs di https://www.myfuturejobs.gov.my .

Buat pencarian kerja, hadir temu duga & kemaskini Log Aktiviti anda di portal tersebut.

Sekiranya anda dapat pekerjaan, sila kemaskini tarikh kembali bekerja dalam Aplikasi Prihatin yang anda telah muat turun.


Selepas dapat kelulusan, bayaran elaun anda akan dapat secara automatik.

cara mohon sip 2.0

Penafian – Bahan yang kami kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Cara Mohon Bantuan Elaun RM1000 Daripada PERKESO” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia