Skim bantuan zakat MAIWP, adalah bantuan untuk membantu asnaf menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna.
Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan pula bertujuan untuk memberi kediaman rumah yang selamat dan selesa kepada asnaf yang layak.
Baca juga:
- Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 Dikreditkan Mulai Hari Ini
- Pegawai Syarak Melaka Terima Kenaikan Elaun Oktober Ini
Syarat Permohonan:
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah).
Cara Permohonan:
Berikut adalah syarat-syarat untuk permohonan:
Langkah 1: Layari laman sesawang portal portal MAIWP
Langkah 2: Muat turun borang permohonan.
Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 4: Sertakan dokumen yang perlu disertakan.
Langkah 5: Hantar permohonan ke kaunter Baitulmal MAIWP (senarai kaunter).
Dokumen Sokongan:
Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu disertakan:
- 1 Salinan borang permohonan.
- 1 keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
- 1 Salinan kad pengenalan pemohon / suami / isteri / anak-anak.
- 1 Salinan penyata gaji / pencen / PERKESO.
- 1 Salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contoh : DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).
- 1 Salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu).
- 1 Salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu).
- 1 Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal MAIWP atau hubungi di talian 03- 4047 9444.