Cara Menukar Astro anda Kepada Njoi (Percuma)

Langganan Astro yang semakin meningkat dan kos sara hidup yang tinggi membuatkan kita kadang-kadang rasa berat untuk membayar bil bulanan.

Maka ada solusi yang lain iaitu NJOI, NJOI adalah sebuah perkhidmatan televisyen satelit bebas tontonan di Malaysia dan dilancarkan pada 18 Februari 2021 dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Astro.

Dalam keadaan hari ini, maka benar dan tepatlah untuk anda mengurangkan kos hiburan yang berlebihan dan menggunakan wang yang ada untuk perkara yang lebih penting.

Bayaran Tukar Langganan Astro ke Njoi


Untuk anda yang ingin menukar langganan Astro anda kepada Njoi anda tidak perlu lagi membayar caj langganan seperti anda melanggan Astro sebelum ini.

Penggunaan Njoi cuma perlu dibayar pada kali pertama sahaja dan setiap siaran/channel yang ada minat boleh dibeli secara berasingan. Jadi anda tidak perlu membayar caj yang lebih didalam seperti didalam pakej Astro anda.

Walaupun begitu, RM50 caj akan dikenakan untuk proses pertukaran langganan Astro anda ke Njoi.

Selepas menukar, anda tidak perlu menukar decoder Astro dan hanya perlu menunggu dalam 48 jam sebelum anda boleh menikmati siaran Njoi.

Cara Menukar Astro anda Kepada Njoi (Percuma) 2

Cara-cara Untuk Menukar Langganan Astro ke Njoi


  1. Layari laman rasmi Astro – https://www.astro.com.my/
  2. Tekan pada pautan “Contact Us”.
  3. Tekan pada logo Whatsapp.
  4. Di aplikasi Whatsapp anda, secara automatiknya anda diberikan beberapa pilihan. Pilih pilihan “2-Technical Help”.
    1. Sila ikut arahan-arahan yang dinyatakan dalam mesej tersebut.
    2. Maklumkan bahawa anda ingin bertukar dari Astro ke Njoi.
  5. Untuk tujuan pengesahan, pegawai yang membalas pertanyaan anda itu akan meminta beberapa butiran antaranya:
    1. No akaun Astro
    2. MyKad
  6. Sekiranya mempunyai bil yang tertunggak, anda akan diminta untuk menyelesaikannya terlebih dahulu.
  7. Pihak Astro akan membatalkan langganan Astro sebelum mengaktifkan Njoi.
  8. Pertukaran biasanya mengambil masa sehingga 48 jam.
  9. Sekiranya pertukaran belum berlaku dalam tempoh 48 jam, sila hubungi kembali pegawai Astro dengan mengulangi langkah 1 hingga 5 di atas.
  10. Talian khidmat pelanggan
  11. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah untuk menukar langganan Astro ke Njoi, anda boleh menghubungi talian khidmat Astro melalui sala satu kaedah berikut

Telefon – 03 9543 3838

Self portal – www.astro.com.my/selfservice
Facebook – www.facebook.com/Astro
Twitter di – www.twitter.com/astroline
Live Chat di www.astro.com.my/contactus


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3