Home » Bantuan » Cara Menebus Baucar Pakej Pelancongan Kita Selangor 2.0

Cara Menebus Baucar Pakej Pelancongan Kita Selangor 2.0

Ramai yang mungkin terlepas pandang dengan Baucar Pelancongan Kita Selangor 2.0 yang boleh digunakan untuk anda berjalan-jalan di dalam Selangor.

Selaras dengan kebenaran rentas daerah/negeri sudah dibolehkan, anda bolehlah menuntut baucar ini sebelum habis. Boleh menjimatkan duit kita bagi sesiapa yang berjalan di sekitar Selangor.

Untuk pengetahuan semua 170 pakej pelancongan yang menarik ditawarkan daripada 35 Agensi-Agensi Pelancongan di Negeri Selangor untuk anda semua.

Terma-terma dan Syarat Tuntutan Baucar Pakej Kita Selangor 2.0

Tawaran ini hanya untuk pengguna terpilih yang memenuhi kriteria berikut:

Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad).
Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021.
Sat transaksi untuk setiap pengguna.
Terhad untuk hanya 10,000 penebusan baucar sahaja sepanjang kempen.
Pembayaran mestilah dilakukan melalui aplikasi Shopee iaitu ‘ShoppePay’ sahaja.
Promosi ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau produk lain.
Tempoh kempen akan terhenti sekiranya baucar telah habis ditebus.
Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan dan promosi lain.

Tempoh Sah Laku Baucar

Bagi anda yang telah dapat menebus baucar ini, anda boleh menuntut baucar yang bernilai RM100 ini di Shoope sehingga Disember 2021 ini dan baucar tersebu sah sehingga jun 2022 akan datang.

Cara Menggunakan Baucar

Baucar boleh dituntut melalui platform aplikasi e-dagang Shopee https://shopee.com.my/m/kita-selangor

Sekiranya anda ingin menggunkan baucar ini untuk Pakej Pelancongan yang disenaraikan, anda hanya boleh menggunakan baucar ini di aplikasi Shoope menggunakan ShopeePay sahaja.

Baucar ini boleh digunakan ditebus hanya SEKALi dan untuk satu transaksi sahaja pada satu-satu masa. Baucar ini juga tidak boleh digunakan untuk promosi lain di Shopee.

Untuk mememastikan baucar ini berjaya ditebus, pastikan Pakej Pelancongan yang anda ambil termasuk di dalam Pakej Kita Selangor 2.0

 

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia kongsikan diatas sekadar panduan dan rujukan yang berkaitan dengan “Cara Menebus Baucar Pakej Pelancongan Kita Selangor 2.0” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes