Home » Permohonan » Cara Mendapatkan Semula Kata Laluan BKC

Cara Mendapatkan Semula Kata Laluan BKC

Sekiranya anda terlupa kata laluan Bantuan Khas Covid anda tidak perlu risau. Kerana untuk mendapatkan kata laluan (password) anda sangat mudah je sebenarnya.

Memohon Pertukaran Kata Laluan BKC

Anda hanya perlu pergi ke laman web https://bkc.hasil.gov.my/ selepas itu di tempat login tersebut anda boleh memilih untuk klik kepada ‘Terlupa Kata Laluan’.

Ada 2 benda yang anda boleh lakukan:

1) Sekiranya ada mempunyai email yang berdaftar dalam proses Permohonan BPR 2021/Percukaian LHDN:

  • Masukkan Mykad anda;
  • Letak email yang berdaftar;
  • Boleh periksa peti email anda untuk kata laluan yang baru;
  • Log masuk menggunakan kata laluan yang diberikan;
  • Set semula kata laluan yang baru.

2) Jika anda tiadk mempunyai email yang berdaftar:

  • Set password melalui email;
  • Jawab soalan keselamatan yang telah dibuat semasa perdaftaran BPR

Terlupa Soalan/Jawapan untuk Soalan Keselamatan

Namun begitu, sekiranya anda telah terlupa jawapan untuk soalan keselamatan anda. Anda masih boleh mendapatkannya, anda cuma perlu menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) di:

1-800-88-2747 atau anda juga boleh pergi ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan untuk mendapatkan akaun BKC anda.

Tips Menetapkan Kata Laluan BKC

Pilihlah kata laluan yang mudah diingati.

Tetapi ingat jangan terlalu mudah seperti ABCDEFGH atau 1234567.

Pasatikan anda menggunakan variasi kata laluan diantara Nombor dan Perkataan dan mengunakan sekurangnya 1 huruf besar.

Ini bertujuan untuk akaun anda tidak dimasuki pihak yang tak bertanggungjawab.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut

Boleh menghubungi BKC/LHDN di 1-800-88-2747 atau layari laman web LHDNM disini.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Mendapatkan Semula Kata Laluan BKC” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes